Thursday, October 11, 2007

:: Pasang surutnya

:: Masalah disiplin sering dikaitkan dengan para pelajar... para murid dan para penjawat awam... dan jarang dikaitkan dengan orang awam... orang politik... para pendatang asing... dll... yang jugak turut menganggotai masyarakat kita... yang mendiami bumi tercinta... tanah air kita... Malaysia.
:: Kita jugak seringkali melaporkan sesuatu... berdasarkan data... angka2... peratusan... dan tempoh masa sesuatu kajian atau dapatan diperolehi... dan perkara2 ini diambilkira sebagai suatu petunjuk dan trenda... yang di dalam masa yang sama kita mungkin terlupa atau dengan sengajanya melupakan akan "pasang surutnya" trenda berkenaan... di samping kita hanya sanya akan memaklumkan sesuatu yang kita fokuskan itu... untuk sesuatu tujuan tertentu dan untuk sesuatu maksud tertentu...




Kes salah laku pelajar menurun
Oleh Amirullah Andi Nur

MASALAH disiplin atau salah laku pelajar di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menurun 7,528 kes atau 11.31 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berkata 66,528 kes direkodkan tahun lalu berbanding 59,000 tahun ini dengan bilangan kes yang dirujuk sebanyak tujuh. “Antara kes salah laku yang mencatatkan penurunan adalah kekemasan diri iaitu 3,287 (20.41 peratus) selain kenakalan 3,206 (32.8 peratus) dan ponteng sekolah 1,044 kes atau 9.08 peratus,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Disiplin Murid 2007 di Bangi, baru-baru ini.


Beliau berkata, sebanyak 16,098 kes kekemasan diri direkodkan tahun lalu berbanding 12,811 tahun ini manakala 9,752 bagi salah laku kenakalan berbanding 6,546 (2007) dan ponteng sekolah daripada 11,495 kepada 10,451 kes. Turut mencatatkan penurunan adalah kes laku musnah iaitu daripada 2,229 kepada 1,759 atau 470 kes (21.08 peratus) manakala kurang sopan daripada 16,476 kepada 16,140 atau 264 kes (11.84 peratus). “Salah laku berunsur kelucahan pula menurun daripada 1,758 kes kepada 1,675 atau 83 (4.72 peratus) manakala satu-satunya kes yang mencatatkan peningkatan adalah salah laku berunsur jenayah daripada 8,720 kepada 9,618 atau 898 kes (10.29 peratus),” katanya.


Noh berkata, kejayaan menurunkan kadar salah laku adalah hasil usaha bersungguh-sungguh kementeriannya, selain sokongan semua pihak, termasuk ibu bapa. Dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian itu, Kementerian Pelajaran akan mengadakan satu seminar khas bagi mengkaji semula peraturan pelajar di Kajang pada 18 hingga 20 November ini. Katanya, peraturan itu tidak pernah diubah sejak sekian lama dan diharap melalui seminar berkenaan akan dapat merumuskan satu pendekatan lebih baik dan berkesan. “Seminar ini bakal disertai pelbagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) termasuk mewakili persatuan ibu bapa dan guru selain pegawai kanan kerajaan, badan agama dan polis,” katanya. Sementara itu, Noh turut mengingatkan ibu bapa supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani masalah kanak-kanak terbabit bermain mercun dan bunga api yang diharamkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang musim perayaan. “Kita juga meminta ibu bapa supaya membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya sepanjang musim perayaan dengan memberi tumpuan kepada pergerakan anak-anak,” katanya.

Beliau juga turut mengulangi ingatan kepada semua pengurusan sekolah menengah supaya menyusun program bersesuaian bagi pelajar Tingkatan Tiga yang baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mengelak kes ponteng.