Wednesday, October 10, 2007

:: Tempek nyioq

:: Kuih muih berbagai nama... rupa... warna... rasa... dan harga... ada di pasar2 malam... di pekan sehari... di warung kopi... dan di pasar ramadhan. Nama kuih yang pelik2 pun ada... yang nama hebat berbanding rasanya pun ada... malah yang sekeping dulunya 20 sen akan menjadi 30 sen atau 40 sen pun ada. Peminat dan pembeli agak majmuk... bukan yang berpuasa sahaja yang membeli sakan... yang kaum lain pun turut sama memeriahkan suasana pasar ramadhan ini...
:: Tapi... nampaknya setakat ini tiada yang berminat nak menjual "tempek nyioq" atau "kuih lenggang"... walaupun "kuih ketayap" masih ada dijual dan masih ada peminat serta penggemarnya... sebab rasa2nya dah lama Pak Ngah tak pekena "tempek nyioq" yang masih panas2 yang jika dicicah bersama kuah gulai atau sambal tumis... sukar digambarkan akan tahap kesedapannya... tambahan pulak jika digoreng garing... dan disekalikan dengan pasangan akrabnya... iaitu air kopi "o" atau teh "o" panas...