Thursday, October 25, 2007

:: Pindah ke Putrajaya

:: Ke Kuala Lumpur kerana ada suatu mesyuarat berkaitan kod amalan kualiti institut pengajian tinggi awam Malaysia yang perlu dihadiri pada 22 - 25 Oktober 2007... namun hanya dapat berada di sana sehingga 24 hb... kerana ada suatu tugas lain telah menanti pada 25 hb di Kuching... dan seperti biasa Pak Ngah telah maklumkan kepada adik beradik tentang pergerakan tersebut.
:: Ketika berada di Kuala Lumpur... pada 23 Okt... sebelah malamnya... dalam perjalanan nak ke SOGO... terima panggilan daripada Kota Kinabalu... berbual panjang jugaklah kami berdua... ada berita penting yang disampaikan... dan pandangan diminta terhadap berita yang disampaikan itu... alhamdulillah...
:: Selepas itu... berita itupun Pak Ngah panjangkan kepada adik beradik yang lain... melalui mesej seperti berikut... " PINDAH: sdara dr KK call jam 8.16 mlm britau, esok dia akan kPUTRAJAYA, bri jwpn stuju trima utk pndah kPUTRAJAYA. "
:: Cuma Pak Teh je yang memberi reaksi pada mesej yang disampaikan... " Dia krja apa tu "
:: Pak Ngah balas... " Ttg krja apa, dia tak britau & aku tak tanya. Dia cuma mnta pndgn aku ttg kwajaran pndah kPUTRAJAYA. Aku kata trima je & mem bsar dia pun stuju jugak. "
:: Pak Teh jawab... " Ok la tu. smoga dia & familinya sukses. Ada supporter. "
:: Pak Ngah balas... " Skurang2nya kkal DG52 klau bukan DG54. "
:: Balasan daripada Pak Teh... " Alhamdulillah. Keli dah nak pulang k lubuk. Smoga haruan di Kuching pun ikut pelan2. :-) "
:: Pak Ngah jawab balik... " Takpa, msih dlm MALAYSIA, sbgmana britau kat AKIM smasa kna posting kat KAPIT awal thn ni. "
:: " Btul btul..." balas Pak Teh ringkas pada jam 11.00 malam... sebab mungkin tak mau memanjangkan isu perpindahan tersebut.