Monday, October 15, 2007

:: Cara berbeza

:: Terbaca suatu komen dari sorang pembaca blog bagi suatu entri sebelum ini. Umumnya komen beliau punya asas dan ada kebenarannya.
:: Kita di sini rata2nya beragama Islam... tanpa mengambilkira latar belakang kaum dan keturunan... walaupun mungkin Islamnya adalah "Islam keturunan" atau mungkin "Islam anutan". Ini belum lagi jika kita mengambilkira akan kalangan yang sedang memohon menukar agama dan mungkin yang telah menukar agama... dan belum lagi diambilkira yang terkeluar dari agama... akibat keterlanjuran niat... tutur bicara dan tindakan... dll.
:: Kita di sini... konon dihebahkan negara kita adalah negara Islam... tapi banyak pihak melihat bahawa semacam tiada kesungguhan di pihak tertentu untuk melaksanakan tuntutan Islam secara total. Pihak lain pulak melihat bahawa ketidaksungguhan itu mungkin berpunca dari demi menjaga hati rakan2 dari parti gabungan. Pihak lain pulak mempersoalkan... kuasa dah ada di tangan... tapi kita seolah2 "enggan" melaksanakan tuntutan agama kita... walaupun pihak2 berkaitan punya sebab2 tertentu untuk tidak berusaha ke arah pelaksanaan secara total.
:: Kita di sini... dilihat sebagai cuba memisahkan antara politik dengan kehidupan harian... maka mungkin atas sebab itulah kita dilihat sebagai sekarang ini... walaupun kita tahu bahawa Islam itu adalah suatu cara hidup...
:: Setengah pihak pulak melihat bahawa kuliah2 agama... ceramah2 agama... tazkirah dll... sewajarnya diteliti... dan dihalang jika perlu... dan permit perlu diperolehi untuk mengajar agama... manakala pihak lain pulak menimbulkan isu perlantikan JK masjid dan surau semacam adanya percaturan dan perancangan rapi dengan tujuan2 tertentu... maka kesemua ini akan menambahkan kekalutan kita dalam memahami "agama" yang kita anuti... dan pastilah jika kita mengambilkira akan peranan amalan... budaya... cara berfikir... cara bertindak... maka kesannya "amalan" kita tetap diteruskan... diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya... lantaran wujudnya dua golongan iaitu "Islam keturunan" dan "Islam anutan".
:: Di samping itu... dengan amalan animisme sebelum ini... kita didatangi pulak oleh Hindu... sebelum datangnya Islam... maka masih ada antara amalan2 tertentu sebelum kedatangan Islam itu yang masih dipegang erat dan kukuh hingga ke hari ini... terutama oleh pihak "Islam keturunan" ini.
:: Apa2 pun... mana2 pihak pastinya punya alasan tersendiri... bagi mempertahankan amalan dan tindakan masing2... walupun mungkin alasan yang diberi itu tidak sekukuh mana.