Tuesday, October 09, 2007

:: Semakin hampir

:: Hari terasa cepat beredar... masa terasa begitu laju berlalu dan meninggalkan kita... manakala kita masih meneruskan pengisian masa dengan aktiviti dan amalan yang termampu kita laksanakan... yang hanya sanya sebagai suatu rutin harian bagi kita... serta dengan harapan agar akan semakin meningkatlah amalan kita di malam2 terakhir bulan Ramadhan yang penuh berkat ini... insyaAllah.
:: Imbauan dan imbasan ketika berhari raya di kampung ketika zaman awal kanak2 hinggalah ke zaman tahun 1970an... sesekali datang menerjah dan menerpa masuk... menjadikan kisah2 lama terbayang terutamanya yang masih segar dalam ingatan. Teringatlah bagaimana Tok Cik Mah membuat pelbagai jenis kuih yang menjadi kuih wajib ketika itu... yang antaranya ialah kuih baulu... iaitu adunan tepung yang digoreng tanpa minyak, gula pasir dan telur yang dipukul hingga kembang... dan menggunakan acuan buah cermai dan ikan... serta menggunakan periuk yang ditutup dengan kepingan tin yang dipotong dari tin biskut... di samping menggunakan api sabut kelapa. Kuih yang dah siap didinginkan akan disimpan ke dalam tin biskut atau balang kaca mengikut kesesuaian... dan akan disusun atur di atas para... berderet2 kelihatannya.
:: Selain itu kuih bakar juga tidak boleh dikesampingkan... ada 2 jenis iaitu kuih bakar biasa dan kuih bakar kacang. Kuih bakar ini hanyalah adunan tepung bersama gula... yang kemudiannya ditekap menggunakan acuan pelbagai bentuk atau menggunakan acuan kayu. Kemudian akan diletakkan di atas tudung periuk yang dilapisi sedikit minyak dan dimasukkan ke dalam periuk yang diletakkan "api bawah dan api atas" dengan menggunakan sabut kelapa. Kuih bakar kacang itu hanyalah ditambah tepung kacang hijau... yang kerjanya sedikit "renyah"... iaitu kacang hijau itu perlu digoreng tanpa minyak... digiling menggunakan "batu penggiling" dan digiling beralaskan guni beras... bertujuan mengasingkan kacang dari kulitnya... dan akhirnya barulah ditumbuk menggunakan "lesung tangan". Tak pastilah masih ada atau tidak... lesung tangan yang Tok Wan Lin buat sendiri menggunakan simen beracuankan timba besar... dan jika lesung tangan itu sedang digunakan oleh jiran lain... maka "lesung kaki" di rumah Mad Sakat (ayah Cikgu Chan) akan digunakan.
:: Sesedap melayan mimpi dan melayan keletihan malam tadi... masuklah 2 mesej daripada adik bungsu... yang diterima pada jam 1.16 pagi dan pada jam 2.01 pagi.
:: Mesej awal:
"RAYA: 2 buah kreta sdia mnanti utk pkngah braya d perak.
jika ada rezki & pjg umur, kita jmpa d pntai remis. tq. "
:: Mesej ke-2:
" SMS AKIM: Small matter. Satu keta wira (AMAN),
satu lg samada waja or caren (PTEH)
- hajat pngah ttap dinantikn org kpg.
tluk akuan dpinda lokasi,
krn kecoh nalyan jmpa tapak harimau dtepi pntai... "
:: Sebelum ini Pak Ngah dah terbayang nak mandi manda di Batu Akuan... ada air terjun (air katoq)... dan boleh mandi laut... dan dengan berita terbaru kononnya tapak harimau dijumpai di pantai Batu Akuan tu... nampaknya lokasi mungkin akan berubah ke Pasir Panjang atau Teluk Batik... atau mana2 tempat yang akan disusun atur oleh pihak pengelola di sana nanti... dan pastinya yang seronok sakan adalah anak2 yang jarang2 bermandi manda bersama sedara mara dan pupu poyang... sambil makan2... bersembang panjang... dan antara menu yang dijangka pasti ada ialah... LAKSA MI... fuhhhh... menyelerakan... dengan diiringi deruan ombak menghempas pantai dan desiran angin laut yang amat menyelesakan... fuhhh...