Sunday, October 21, 2007

:: Datanglah

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching... baru je disiapkan... akan menyambut ketibaan para pengunjung dan pelawat yang tergerak hati nak ke Sarawak Bumi Kenyalang. Teksi mudah diperolehi untuk ke bandaraya cuma sekitar RM17.50.



Tebingan Kuching di waktu malam ramai dikunjungi orang...untuk bersantai... terutama ketika di hujung minggu... punya panorama menarik... dengan suasana yang mengasyikkan.


Kek Lapis Sarawak amat diminati terutama para pengunjung dari Semenanjung. Seorang pengusaha kek ini telah berusaha membangunkan kilangnya di rumahnya sendiri
di Kpg Gersik... selain daripada pengusaha2 lain yang turut mengusahakan
projek pembuatan Kek Lapis Sarawak ini.


Inilah salah satu menu kegemaran Pak Ngah. Laksa Sarawak namanya.
Kuahnya dibuat dari rempah khas, dicampurkan bersama
mee kuning atau mihun, beberapa ekor udang,
isi ayam kukus yang disiat2, sedikit tauge
dan daun berperisa.



Tempat memproses pasu tembikar. Banyak kilang didirikan di beberapa
tempat di kiri kanan jalan dari Kuching menuju ke Lapangan Terbang.
Menggunakan tanah liat yang dilumatkan dan diproses
akhirnya dicanai dan diukir sebelum dilukis
atau diwarnakan. Para pekerja ini punya
kemahiran yang cukup tinggi.




Jika nak ke Sibu, Bintulu dan Miri kita boleh menggunakan
pengangkutan udara dan darat. Tambang adalah
mengikut jarak jauhnya destinasi dan kaedah
pengangkutan yang digunakan. Banyak syarikat
pengangkutan bas ekspress yang
beroperasi di Terminal Batu 3.


Kuching diisytiharkan sebagai Bandaraya Kuching pada 1 Ogos 1988bersamaan 18 Zulhijah 1408 dan mempunyai 2 orang Datuk Bandar... yang menguruskan Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Jika ke Kuching, jangan lupa membawa pulang ole2... antaranya ialah Tebaloi... snack yang dibuat daripada sagu rembia... makanan utama orang Melanau.



India Street... adalah terletak di tengah2 bandaraya... berhampiran Tebingan Kuching... menjadi tumpuan untuk membeli belah... dan di sini banyak dijual Gambir Sarawak.




Antara hirisan Kek lapis Sarawak... yang di pamer dan untuk dirasa oleh para pengunjung ke Kedai Kek Lapis Sarawak di Kpg Gersik.



Sebahagian barang jualan di Pasar Satok... setiap tompok atau pinggan itu
dijual antara RM 1.00 - 2.00 sahaja.



Suatu sudut lain... panorama indah di Tebingan Kuching di waktu senja.


Sampan masih digunakan untuk menyeberang Sg. Sarawak dari Tebingan Kuching ke kawasan perkampungan di seberang... dengan tambang 50 sen.


Patung Kuching ada di mana2... sebagai lambang Bandaraya Kuching.



Bagi yang berminat untuk menikmati panorama Sg Sarawak dan kawasan sekitarnya bolehlah menggunakan Sarawak River Cruise ini... dengan tambang yang dikenakan adalah berbeza mengikut masa belayar.