Friday, October 26, 2007

:: Ikut jejak Mak Tam

:: Malam tadi... Along hantar maklumat melalui mesejnya...
" 28.10.07-30.10.07 (lantikn sbg fasilitator kursus program bacaan sastera sek rendh thn 6) - beri kursus pd guru2 ngri jhr di hotel mitc, ayer keroh mlaka. prmulaan tugas sbg JU. 30.10.07-1.11.07 (seminar pmbentgn kajian tindakan) d cherating, pahang. "
:: Sebagai sorang ayah kepada anak sulungnya... yang baru sahaja menerjunkan diri ke dalam dunia pendidikan... dunia yang banyak cabarannya... baru masuk tahun kedua perkhidmatannya... sedikit kata2 perangsang diberi agar berupaya menjadi "booster" kepadanya...
"Tahniah & syabas. Laksanakan sbb org dah prcayakn kita.
Jgn hampakan mereka. Ayah yakin along mampu laksanakannya."
:: Along beritahu sebelum ni... yang dia ada le jugak mendapat tempat dalam pembentangan penyelidikan tindakan bagi daerah Kluang... dan akan berpeluang ke peringkat negeri Johor pulak nanti... dan mungkin seminar di Cherating itulah yang dimaksudkannya... dan berbanyak terima kasihlah atas bantuan daripada Pak Tam dan Mak Tam di belakang tabir sebelum ini... dan kejayaan Mak Tam dalam kajian tindakan terserlah melalui pencapaiannya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan guru inovasi sempena hari guru 2007 peringkat negeri Johor apabila hasil kajian tindakan itu dicalonkan ke peringkat negeri Johor sebagaimana termuat dalam blog Mak Tam... sebelum ini.