Sunday, October 21, 2007

:: Pulang

:: hari ini... hari ahad... hari minggu... esok sekolah dibuka semula terutama bagi yang bercuti seminggu untuk beraya... dan seawal pagi tadi selepas solat subuh... Alang dah berangkat balik ke Miri bersama Yak Ati (Wardati) menggunakan Kelisa... 13 jam perjalanan tu... jauh tu...
:: petang ni pulak... Along akan berangkat balik ke Kluang... sepatutnya jam 2.00 ptg dah retime kepada jam 4.00 ptg... dengan AirAsia... barang2 dah dikemaskan bersama sedikit kek dan biskut... untuk rumah terbuka staf sekolahnya nanti...dan jugak jiran setaman.
:: keriuhan dan keletah anak2 dah semakin berkurangan pagi ni... walaupun baru ketiadaan Alang... dan petang nanti... Along pulak menyusul... maka akan tinggallah kami 5 beranak... akan terasalah kesunyiannya... akan terasalah kehilangannya... itu belum lagi jika cuma tinggal berdua je nanti... apabila anak2 bertebaran ke merata tempat nanti... dan inilah yang bakal dihadapi... jika sama2 dipanjangkan usia.