Paras air Sungai Rajang menurun secara mendadak
Posted on October 23, 2010, Saturday
Jurucakap syarikat pembalakan di sini yang enggan namanya disiarkan, berkata selain itu keadaan cuaca panas yang berterusan sejak minggu lepas telah memburukkan lagi keadaan tersebut.
“Selalunya kami menggunakan bot ekspres ke Belaga dari kawasan kem pembalakan kami, ia mengambil masa 20 minit tetapi perkhidmatan bot ekspres kini diberhentikan sementara waktu kerana paras air yang sangat cetek ketika ini.
“Ekoran masalah terbabit, kami terpaksa menggunakan perahu panjang yang memakan masa kira-kira 40-45 minit untuk sampai ke kem kami. Ini amat menyulitkan lagi keadaan kami akibat masalah terbabit,” jelasnya kepada pemberita, semalam.
Menurutnya, akibat dari paras air yang turun itu, keadaan sungai sangat cetek sehingga menyebabkan mereka terpaksa menolak perahu panjang akibat tersangkut di pasir ketika melalui beberapa tempat sepanjang perjalanan menuju ke kem mereka.
Jelasnya, air yang terlalu cetek itu mengalami penurunan sehingga 10 kaki berbanding keadaan biasa.
“Akibat masalah terbabit, kami (para pekerja) akan membuat kerja lebih berbanding kebiasaannya.