Saturday, October 23, 2010

:: Bangchik berpindah ke Kelantan.. 1 Nov. 2010





Jumaat 22 hb Oktober 2010:
tandatangan nota serah tugas
bersalaman dengan En Hassan.
Tengah ialah Datuk Mohlis, Timbalan Ketua Pengarah yang bercuti
selepas kembali dari lawatan rasmi ke Australia,
tapi datang juga untuk saksikan simbolik serah tugas.

Selepas 20 tahun, bangchik akan ke Kelantan semula. Minggu depan bangchik mengambil cuti seminggu untuk persiapan pindah. Tarikh 1 november, bangchik bertugas di Serambi Mekah. Rancangan awal, base di Bangi, bangchik sorang saja ke sana.