Sunday, October 03, 2010

:: Dr. Mahathir masuk wad Hospital Epworth ?




sekadar hiasan

Dr Mahathir masuk wad


2010/10/03 (Berita Harian online)


MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (atas) dimasukkan ke Hospital Epworth di sini, pagi semalam bagi rawatan jangkitan kuman di dada dan kini dirawat di wad biasa dan menjalani fisioterapi.

“Keadaan Dr Mahathir stabil dan dinasihatkan berehat. Beliau dijangka berada di hospital selama beberapa hari untuk pemantauan,” menurut kenyataan pejabatnya di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir tiba di sini Khamis lalu, diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk berucap pada seminar anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne, semalam.