Penduduk Kapit gempar
Posted on October 8, 2010, Friday
Himpunan kayu hanyut berpuluh-puluh kilometer susuri Sungai Rajang
KAPIT: Ratusan penduduk di bandar Kapit membanjiri tebingan sungai kerana tertarik dengan kejadian yang disifatkan penduduk tempatan sebagai sesuatu yang luar biasa dan aneh petang semalam.
Kejadian aneh itu mula kelihatan sekitar jam 2 petang dan sehingga berita ini ditulis (hampir jam 4 petang semalam) keadaan kayu-kayu dihanyutkan arus semakin bertambah.
Seorang penduduk yang ditemui memberitahu bahawa kejadian berlaku di kawasan hulu Sungai Baleh dan Sungai Mujong.
“Besar kemungkinan fenomena tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor seperti hujan yang turun lebat tanpa henti di Hulu Baleh serta kemusnahan ekologi alam disebabkan aktiviti pembalakan yang berleluasa,” jelasnya yang enggan identitinya dikenali.
“Ini merupakan pertama kali penduduk di sini melihat kejadian kayu dihanyutkan air sungai dalam jumlah yang begitu banyak serta amat luar biasa.
“Kini saya sudah berusia 65 tahun, dan ini pertama kali melihat benda seperti ini berlaku dalam hidup saya,” tambahnya, sambil memberitahu bahawa ini mungkin hukum Tuhan terhadap kerakusan manusia.
Sementara itu, seorang pengusaha bot ekspres yang beroperasi berulang-alik dari Kapit ke Putai, Hulu Baleh, turut memaklumkan bahawa semua bot ekspres yang bertolak dari Kapit ke Nanga Gaat dan Putai tengah hari semalam terpaksa berpatah balik ke Kapit ekoran laluan sungai langsung tidak dapat dilalui.
Selain itu, sepasukan lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sepatutnya berlepas ke Putai bagi melakukan satu gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang di sana (sebab belum ditentukan) juga terpaksa berpatah balik ke Kapit kerana laluan sungai yang berbahaya dan tidak dapat dilalui botnya.
Beberapa bot ekspres yang bertolak dari Sibu ke Kapit terpaksa memperlahankan kelajuan serta melalui arus berdekatan dengan tebingan sungai untuk mengelak terlanggar kayu.
“Susah betul mahu melalui Sungai Rajang ini, kita nampak begitu banyak sekali kayu dihanyutkan arus sungai,” jelasnya.
Bekas Wali Kota Majlis Dearah Kapit Joseph Datuk Jinggut yang ditemui memberitahu beliau tidak pernah melihat fenomena alam sebegini rupa berlaku.
Katanya, ini ada sesuatu petanda yang bakal berlaku dan semuanya tidak tahu.
“Tadi kita menggunakan bot ekspres dari Sibu dan tiba di sini hampir-hampir terperangkap di kawasan Dermaga Beltih petang tadi (semalam),” jelas Joseph menggelengkan kepala.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi yang tiba dengan bot ekspres dari Sibu sekitar jam 4 petang tadi hampir terperangkap bersama bot ekspres yang ditumpangnya.
Sehingga jam 5 petang, tebingan sungai masih dipenuhi penduduk tempatan yang keluar beramai-ramai menyaksikan fenomena aneh yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kayu-kayu yang dihanyutkan oleh arus sungai pula semakin banyak.
Malah jelas kelihatan dua bot ekspres yang turun dari Hulu Baleh terperangkap dicelah-celah himpunan kayu hanyut dan amat susah untuk berlabuh.
Be very careful when plying Rajang River, Wong advises
by Philip Wong. Posted on October 8, 2010, Friday
SIBU: Boat operators plying along Rajang River for the next few days should exercise extreme caution, Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh warned.
His reminder came in the wake of the discovery of miles and miles of unwanted debris, dead woods, sawn timber, tree branches and leaves that flowed down from Kapit upriver yesterday morning.
The volume was so huge that it completely engulfed Kapit waterfront yesterday, causing navigation almost impossible.
Logging companies in Kapit reportedly said such phenomenon was rare as they had never come across any such incident and it was not immediately known where the debris came from.
All these debris were expected to reach Sibu by mid afternoon today.
“As such, boat operators should exercise caution or better still, power your boats slowly to avoid collision with the debris,” Wong stressed.
Wong, who is also the Minister of Environment and Public Health, said he had already directed the National Resources & Environment Board to conduct an immediate investigation into the source of the debris.
In addition, he had also called on Sarawak River Board to beef up its security along the Rajang River for the next few days.
Wong viewed the matter with great concern saying the livelihood of the people as well as the safety of the boat operators were at stake.
“This is serious and it requires urgent attention. Boat operators should steer clear of the debris that was coming down very swiftly from Kapit,” he advised.
Sisa kayu penuhi Sungai Rajang, bot tersekat
KAPIT 8 Okt. - Ribuan balak yang dibuang, sisa-sisa kayu serta pokok terapung memenuhi Sungai Rajang sejak semalam menyebabkan ia tidak dapat dilalui oleh semua jenis bot.
Balak serta sisa-sisa kayu berkenaan yang hanyut ke Sibu sejauh 176 kilometer dari sini turut menyebabkan laluan Sungai Rajang di bandar raya berkenaan tidak dapat dilalui oleh bot.
Situasi mencemaskan yang pertama kali berlaku itu menyebabkan beratus-ratus penduduk gelisah kerana ia menyebabkan laluan utama pengangkutan air ke pekan ini terputus sejak pukul 2 petang semalam.
Penduduk mendakwa sisa-sisa berkenaan datang dari kawasan hulu Sungai Baleh dan Sungai Mujong dekat sini yang mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti hujan lebat tanpa henti di hulu sungai serta penerokaan hutan disebabkan aktiviti pembalakan yang berleluasa selain aktiviti pertanian.
Seorang pengusaha bot ekspres yang beroperasi dari pekan ini ke Putai di Hulu Baleh, Michael Turan memberitahu, semua bot ekspres yang bertolak dari pekan ini ke Nanga Gaat dan Putai pada tengah hari semalam terpaksa berpatah balik ekoran laluan sungai yang langsung tidak dapat dilalui.
Malah, katanya, sepasukan lima anggota bomba yang sepatutnya berlepas ke Putai bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan itu terpaksa berpatah balik kerana laluan sungai yang berbahaya dan tidak dapat dilalui bot.
Tambahnya, beberapa bot ekspres yang bertolak dari Sibu ke Kapit terpaksa memperlahankan kelajuan dengan menyusur berhampiran tebing sungai untuk mengelak terlanggar balak dan kayu.
Bekas Yang Dipertua Majlis Daerah Kapit, Joseph Jinggut pula memberitahu, beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu berlaku sebelum ini.
Menurut beliau, sewaktu dalam perjalanan dari Sibu ke sini, bot ekspres yang dinaikinya hampir terperangkap di kawasan Dermaga Beltih.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi yang menaiki sebuah lagi bot ekspres juga dari Sibu hampir terperangkap di antara himpunan balak dan sisa kayu yang hanyut.
Sementara itu, di Sibu, Bernama melaporkan Kerajaan Sarawak akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan itu.
"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.
Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.
Soon Koh yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Ekspres Kapit menggambarkan keadaan itu sebagai 'bencana alam semula jadi secara besar-besaran'.
"Saya dimaklumkan di Kapit semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50 kilometer. Keadaan ini masih berterusan di Kapit hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya.
Soon Koh berkata, beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Putai dan Nungun iaitu kawasan konsesi pembalakan di Baleh di pedalaman Bahagian Kapit ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri.
Soon Koh berkata, keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.
"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak akan memeriksa Jambatan Durin serta Lanang untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu," katanya.
Sementara itu, bas ekspres dan kenderaan air lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kapit terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.
Mereka yang berlepas pagi ini pula terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.
08 Oktober, 2010 17:07 PM
Sungai Rajang Masih Belum Boleh Dilalui Akibat Sisa Kayu Yang Terapung
SIBU, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sarawak akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan apabila sisa kayu terapung memenuhi laluan di Sungai Rajang, mengakibatkannya tidak dapat digunakan oleh semua bot.
"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.
Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.
Sungai itu bagaikan tali sawat penyampai di kilang papan tetapi bukannya mengangkut papan yang telah pun digergaji, sebaliknya terus menerus membawa pokok yang tercabut, balak yang dibuang dan segala bentuk sisa pepohon dari Kapit, kira-kira 176km dari sini.
Kapit mengalami keadaan mencemaskan itu kira-kira 2 petang semalam.
Wong yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Ekspres Kapit, menggambarkannya sebagai "bencana alam semula jadi secara besar-besaran."
"Saya dimaklumkan di Kapit semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50km.
"Keadaan ini masih berterusan di Kapit hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Wong berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Putai dan Nungun, iaitu kawasan konsesi pembalakan di Balleh di pedalaman Bahagian Kapit ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.
Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri.
Wong berkata keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.
"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan dari Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak akan memeriksa jambatan Durin serta Lanang untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu.
Sementara itu, bot ekspres dan kenderaan air lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kapit, terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.
Mereka yang berlepas pagi ini pula, terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.
-- BERNAMA
...................................................................................................
Home - Lead Stories - Wong: Govt to probe cause of heavy flow of debris
Wong: Govt to probe cause of heavy flow of debris
Posted on October 9, 2010, Saturday
SIBU: Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh promised that the government would thoroughly investigate the cause of the massive flow of driftwood and other debris from the upper reaches of the Rajang River yesterday afternoon.
He described the huge mass of debris as a phenomenon.
“One cannot take nature for granted. I would describe it a calamity as far as river travel is concerned. The velocity and force of the debris going down the river to the South China Sea is truly beyond anyone’s imagination,” he told reporters at Kapit Wharf Terminal in Khoo Peng Loong Road yesterday afternoon.
Wong was accompanied by SMC chairman Datuk Tiong Thai King, deputy chairman Daniel Ngieng and Sibu JKR divisional engineer Vincent Tang.
The moving debris, estimated at about 30 miles from head to tail, was believed to have originated from Putai and Nungan in the upper reaches of Baleh River.
It flowed swiftly on Thursday before it reached here yesterday. The cause is still not known though there were speculations that it could have something to do with massive flooding in the upper reaches of the Rajang River.
By the time the debris reached here about 1pm yesterday it almost completely covered the Rajang River bank to bank.
There were even talks that one could walk across the river by stepping on the logs.
Passengers at Kapit Wharf were caught off-guard and many Sibu-Kapit trips were either cancelled or postponed as there was no way that an express boat could go through the mess.
Wong, who is also Minister of Environment and Public Health, admitted that the flow of debris could cause serious damage to the ecological system along the Rajang River.
“It’s still too early to determine what steps we will take. We have to put our heads together and see what to do later.”
He said they would look into ways to clear the debris.
“We are fighting against time and hopefully the situation would return to normal in the next few days,” he said. Wong also appealed to boat operators to navigate their boats carefully.
“If possible, try to stay away from the river for the time being and wait for the situation to improve.”
..........................................................................................
Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Kerajaan akan siasat punca himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang
Kerajaan akan siasat punca himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang
Posted on October 9, 2010, Saturday
SIBU: Kerajaan akan menjalankan siasatan berhubung punca sebenar yang membawa kepada fenomena himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang yang telah ‘melanda’ bandar ini semalam.
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kejadian itu merupakan satu fenomena yang pelik dan tidak pernah berlaku.
“Kita tidak boleh memandang ringan masalah ini. Kejadian ini juga tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa,” ujarnya kepada pemberita selepas melihat keadaan di Terminal Penumpang Sibu, semalam.
Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Timbalannya Daniel Ngieng Kiong Ann serta Jurutera Jabatan Kerja Raya, Vincent Tang.
Wong yang juga Menteri Kewangan II berkata, himpunan kayu yang hanyut itu boleh membawa kemusnahan serius kepada sistem ekologi sungai di sepanjang Sungai Rajang.
“Masih terlalu awal untuk menentukan langkah yang patut diambil. Kita perlu melihat perkara ini bagi mencari jalan penyelesaian selepas keadaan kembali pulih,” katanya.
Menurut Wong lagi, mereka akan memikirkan cara bagaimana untuk membersihkan kayu yang menyekat aliran sungai, sebelum ia membahayakan pengguna sungai.
Beliau juga merayu kepada operator bot agar memandu bot mereka dengan perlahan dan berhati-hati bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Jika perlu, jangan gunakan sungai buat sementara waktu dan tunggu keadaan pulih sepenuhnya,” tambah Wong. Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, merupakan nadi pengangkutan bagi kawasan tengah Sarawak.
.............................................................................
Home - Lead Stories - Masing: Punish culprits
Masing: Punish culprits
Posted on October 9, 2010, Saturday
Authorities urged to investigate ecological disaster and make those responsible accountable
KUCHING: Whoever caused the massive influx of floating debris into the Rajang River should be punished, Minister for Land Development Dato Sri Dr James Masing said yesterday.
He said the latest case was the third such ecological disaster in Baleh, Ulu Kapit which caused so much hardship to the local people.
The first time was in Sungai Ga’at in 2008 and the second one happened in Sungai Tutoh last year.
“The latest one is the biggest as it stretches for about 250 kilometres from Ulu Baleh to Sibu town,” Masing told The Borneo Post here yesterday.
Masing, who is also Baleh assemblyman, blamed the disaster on uncontrolled logging in the upper reaches of Baleh River.
“I hope the relevant authorities would investigate the matter and make the culprits accountable,” he said.
Meanwhile, chairman of the Sarawak Rivers Board (SRB), Roland Sagah said his agency had put up notices at public wharves informing the public and boat skippers about the danger posed by the floating debris.
“SRB will also find the source of the debris and get to the root cause of the matter. He added that they would possibly use a helicopter to check on the source.
“There are concerns about submerged logs as they can damage vessels. Boat operators have to be very careful,” said Sagah who is also Tarat assemblyman.
He observed that Batang Igan was also adversely affected but not the international waterways.
He said SRB would also ensure that the debris would not damage water mains and other facilities.
He said SRB’s other concern was the high tide which occurred yesterday evening. High tide could push the debris back upstream causing further clogging of the river.
“The authority is studying the volume of the debris
and how to help the State Disaster and Relief Management Committee to ensure public safety,” said Sagah.
He further disclosed that SRB would work closely with the Natural Resources and Environmental Board (NREB). Sagah said operation rooms have been set up in Sibu and Kapit to monitor the situation.
................................................................................
Sungai Rajang boleh dilalui, tiada kayu terapung
2010/10/09
SIBU: Pengusaha dan pemilik perkhidmatan bot penumpang, kargo dan bot laju lega apabila sungai Rajang yang sebelum ini dipenuhi sampah sarap berupa batang kayu yang terapung, kini sudah boleh digunakan.
Sampah sarap berupa batang kayu yang terapung di hilir sungai dari kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit, sejak dua hari lalu telah dihanyutkan ke laut.
Bagaimanapun, pegawai Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NREB) dan Lembaga Sungai Sarawak (SRB) masih memantau keadaan itu," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.
"Mereka juga sedang mengkaji kerosakan yang berlaku pada dermaga, jeti dan lain-lain infrastruktur dan akan membantu membersihkan sampah sarap yang tersangkut di situ," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran kerajaan RM10,000 bagi pembinaan sebuah gereja di sini.
Wong mengulangi kenyataannya bahawa sampah sarap itu bukan dari kawasan empangan Bakun di Belaga tetapi dari Balleh di Kapit.
"Kawasan itu dengan kawasan tadahan yang luas telah mengalami taburan hujan yang agak banyak sejak beberapa lepas menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh, hakisan sungai dan banjir.
"Sampah sarap berupa kayu itu hanyut dan mungkin terkumpul di sana sejak 40 tahun atau lebih," katanya.
Bot-bot kini boleh bergerak mengikut jadual harian, dengan selamat.
Sejak dua hari lalu, ia adalah mimpi ngeri bagi mereka kerana perjalanan bot terpaksa ditangguhkan atau terlewat dari jadual atau perjalanan terpaksa dihentikan separuh jalan kerana jumlah batang-batang kayu yang terapung di hilir sungai terlalu banyak.
Menurut pemilik bot Bahagia Ekspress, Ling Kok Chung, 65, terdapat tidak kurang 25 bot ekspres menggunakan laluan sungai Rajang dengan 16 daripadanya berulang alik melalui kawasan ini dan Kapit setiap hari.
Sementara itu, kejadian itu seolah-seolah satu rahmat kepada penduduk yang tinggal di tebing sungai.
Dengan menggunakan bot panjang, mereka memungut batang-batang kayu yang hanyut itu untuk kegunaan sendiri atau dijual ke kilang kayu papan berdekatan.
Ada juga penduduk mendapat manfaat dengan ikan yang terapung-apung akibat keadaan itu.
Seorang penjawat awam di sini Dollah Salleh, 55, berkata beliau mampu membawa balik enam kilogram ikan baung dari Sungai Igan selepas keluar menangkap ikan selama empat jam mulai 8 malam.
Di Kapit, setengah penduduk lebih bernasib baik kerana mampu menangkap ikan empurau yang boleh dijual pada harga RM500 bagi satu kilogram.
Di MIRI, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan menolak pendapat bahawa fenomena di sungai Rajang itu menandakan satu bencana akan menimpa.
"Ia bukan satu bencana alam. Saya tidak mahu komen sehingga saya mendapat laporan penuh," katanya kepada pemberita selepa merasmikan persidangan ''Borneo International Beads'' 2010.
Katanya semua pihak perlu menghentikan spekulasi mengenai fenomena itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Sesetengah pihak menyalahkan kegiatan pembalakan di hulu sungai atas kejadian itu.
Dr Chan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Negeri, berkata keadaan hujan kebelakangan ini mungkin menyebabkan kejadian itu. - BERNAMA
........................................................................
Home - Lead Stories - Masing: Don’t be an ostrich
Masing: Don’t be an ostrich
by Peter Sibon. Posted on October 10, 2010, Sunday
KUCHING: The government must act sternly against the culprits behind the massive debris that clogged the Rejang River in the last two days.
Minister of Land Development Dato Sri Dr James Masing, who made the call, said tons of dead fish were now floating in rivers from Ulu Baleh to Kanowit.
“This is an ecological disaster. The mud has killed fish in rivers for over a 100km stretch.
“The government can’t be an ostrich on this issue. My people in Baleh have suffered so much from this incident,” Masing, who is also Baleh assemblyman, told thesundaypost here yesterday.
He revealed that he was on the ground to check the massive debris floating down the Rajang River on Friday.
“I had a function downstream of Kapit town which normally took half an hour to reach, but this time it took me more than two hours.
“That was a speedboat we were using. Can you imagine how other riverine people suffered from this catastrophe?” asked Masing.
He said the relevant government agencies should immediately investigate the root cause so that it would not recur in future.
He feared that if the government takes the ostrich approach, by ignoring the enormity of the disaster and letting the culprit off the hook, more such calamities could recur.
He added that the latest case was the third of such ecological disaster happening in Baleh, Ulu Kapit which had caused havoc to the local community.
“The first happened in Sg Ga’at in 2008 and the second one happened at Sg Tutoh last year.
“However, this is the biggest as the debris stretched to about 250 km long, from Ulu Baleh to Sibu Town,” said Masing.
Meanwhile, Deputy Chief Minister and chairman of State Disaster and Relief Management Committee Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan said his committee would wait for the report from the Sarawak Rivers Board (SRB).
“I hope to get the report tomorrow (Sunday) and if they (SRB) could handle the situation, then we would leave it to them. But if they need our assistance we would be ready,” added Dr Chan.