Sunday, December 30, 2007

:: Reunion MAPERA '78-'79

:: ada di kalangan kita yang kreatif... yang terfikir sesuatu yang mungkin tak terfikir oleh orang lain... dan mampu menggerakkan ke arah pelaksanaannya dengan menggemblengkan beberapa tenaga pemikir agar hasrat serta matlamat tercapai.
:: hasil usaha En. Talip Joperi dan jawatankuasanya selama kira2 3 minggu... maka sekitar 150 orang berjaya dikumpulkan... yang terdiri dari bekas2 guru pelatih Maktab Perguruan Rajang, Bintangor (Binatang ketika itu) bagi ambilan 1978-1979... walaupun ketika ini masing2 punya komitmen lain terutama merancang bercuti bersama keluarga.
:: rata2 mereka adalah terdiri daripada pengetua, guru besar, penolong kanan dan guru biasa yang telah mendapat "time-base"... ada yang datang bersama isteri masing2 yang juga merupakan rakan sekuliah atau rakan semaktab suatu ketika dulu... ada yang masih mengekalkan wajah lama yang memudahkan ingatan PakNgah pada nama mereka di samping banyak yang telah berbeza wajah dan penampilan... ye lah... kira2 30 dahulu... suatu tempoh yang agak lama.
:: antara bekas pensyarah mereka yang dijemput pada malam tadi (29 Disember 2007) ialah Encik Ibrahim Takip serta isteri barunya (isteri pertamanya meninggal dunia akibat kanser) yang kini merupakan pensyarah kontrak UNIMAS, Encik Mohd Suib Maknun (pegawai pinjaman di Pejabat Ketua Menteri Sarawak) dan PakNgah yang hadir bersama MakNgah... di samping tetamu khas ialah mantan Pengetua MAPERA, Encik Encharang Agas yang hadir bersama isteri, Puan Leslie. Majlis yang dimulai jam 8 malam ditamatkan kira2 jam 11.45 malam... dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan ucapan... yang paling menarik adalah pertunjukan slide gambar sekitar tahun2 1978 - 1979... imbauan dan imbasan kisah silam.