Arah dan mengarah ni sama je maksudnya. Mudah sahaja untuk mengarah agar orang lain untuk melaksanakan arahan kita. Tambahan pula jika yang diarah tu sememangnya lurus bendul... atau amat mentaati kita... dan akur serta patuh segala arahan kita... segala suruhan kita. Tapi bagaimana rasanya jika kita pula yang diarah? Bagaimana pula jika orang yang selama ini diarah... bertukar peranan... dia pula yang mengarah kita...?
Sekecil2 arahan di rumah ialah membancuh kopi... terutama bagi penggemar kopi... siap dua tiga teko sehari. Isteri diarah... diminta... agar membancuh kopi... dan silap2 haribulan tak perlu menunggu arahan atau permintaan atau bantuan... tau2... dah siap sedia seteko air kopi... ini pastinya akan berlaku jika punya isteri mithali.
Bagaimana jika kita... terutama para suami yang selama ini suka mengarah... cuba2 le bancuh sendiri... buat sendiri... dan bagaimana pula jika kita yang sediakan sarapan untuk isteri... untuk keluarga... ketika hujung minggu... terutamanya sekarang ni... ketika bercuti.
[Sedara lelaki PakNgah mungkin tersenyum meleret apabila membaca entri ini....]