Filem P.Ramlee... dari dialog yang menjadi omelan orang ramai dan peminatnya ialah... "jarang2... kadang2.."
Kekadang kita terpengaruh dengan gaya dan penampilan seseorang. Itu persepi awal kita apabila kita bersua... kecuali kita berkesempatan berbual... walaupun masing2 masih berpeluang untuk "berlakon"... masih belum mahu "mempamerkan" diri sebenarnya.
Kekadang kita membuat tafsiran yang mungkin menyimpang jauh dari kenyataannya. Kenapa jadi begitu... ?
Kekadang kita membuat penilaian terhadap seseorang berdasarkan ilmu dan pengalaman sediaada kita sahaja. Kita "bernasib baik" jika penilaian yang kita buat itu tepat... bagaimana jika sebaliknya... ?
Kekadang kita mahu diri kita dilihat hebat, walaupun kita amat menyedari yang kita ini tidaklah sehebat mana pun. Maka teringatlah PakNgah akan ceritera lama zaman tahun 1960an... kisah "Merak Mengigal" dan kisah "Puyuh Sembunyi"... yang mungkin punya nilai moral yang boleh diambil maklum.
... inilah antara dapatan dari komik di atas... dan mungkin anda punya pandangan lain...