Wednesday, December 26, 2007

:: Bulan dipagar


Dalam seminggu ini... cuaca mendung dan disusuli dik hujan memanjang. Kekadang datangnya renyai2... walaupun biasanya amat lebat sekali. Dalam tempoh ini juga... sukar untuk melihat cuaca panas dan teriknya matahari. Walau apapun... semua itu perlu dilalui sebagaimana rakan2 kita yang telahpun melalui pahit getir limpahan hujan yang tak terbendung layaknya... banjir yang menghantui mereka... berpindah randah dan pelbagai dugaan lain sepanjang tempoh banjir melanda... tak termasuk biaya yang perlu ditanggung akibat dari kesemua itu... walaupun diberitakan bahawa sumbangan daripada banyak pihak turut diterima.
Sudah lama rasanya tiada kegemerlapan dan kerlipan bintang2 di langit dapat ditontoni. Sudah lama juga rasanya tiadanya keindahan di malam hari yang dapat dihayati apabila direnung di luar sana... tiada bebayang awan kelihatan di sebalik sinaran bulan yang mengambang... dan kesemua ini bakal dilalui oleh semua tanpa pilihan... apabila diramal oleh pihak kajian cuaca bahawa keadaan sebegini akan berterusan bagi suatu tempoh yang agak lama.
Ruang angkasa yang terbentang luas itu... semestinya tidak akan menjadikan kita penuh bosan memandangnya... dan pandangan kita yang disertai dengan sedikit penghayatan bakal mencetuskan suatu rasa tenang setenang2nya... dan inilah antara keindahan ciptaanNYA untuk dihayati oleh kita... walaupun mungkin keindahan, ketenangan dan kebahagiaan yang kita perolehi itu sukar diungkapkan melalui kata2 dan ungkap bicara.