Tuesday, December 04, 2007

:: Ipoh... Nenering


29 November 2007: Sambil bersantai di depan kaunter Triton... sambil menjeling sesekali pada tv di situ dan menghubungi sedara mara... tau2 terpancul pengantin baru. Akim datang bersama Suhaida. Berbual sekejab... diajaknya ke Taman Meru... rumah mertuanya... Pak Azis. Cadangnya hanya nak menunggu Azilah datang menjemput untuk terus ke Nenering... dan nampaknya kedatangan Akim adalah rancangan Azilah, kakaknya yang masih dalam perjalanan balik dari menghadiri kursus di Politeknik Sabak Bernam. OK jugak kata hati... dapat jugak berehat sementara menunggu Azilah yang akan membeli belah setibanya di Ipoh sebelum menuju ke Nenering. No problem... kata Pak Ngah... apabila melihat Akim dah pun mengheret beg beroda Pak Ngah menuju ke Myvi Suhaida. Akhirnya kami bertiga meninggalkan Medan Gopeng menuju ke dstinasi baru... Taman Meru.
Dapat jugak membersihkan diri dan menumpang solat di rumah Pak Azis sekeluarga dan makan malam di situ. Mereka sekeluarga peramah orangnya. Pak Azis seorang pesara tentera... punya isteri dan 3 orang anak... yang sulungnya lelaki bertugas di KL beristerikan orang Johor... yang tengahnya pompuan... dan yang bungsunya Suhaida isteri Akim. Peminat sukan nampaknya dia... macam menantu barunya. Ada geng lah tu. Sambil menghirup teh, berbual dan menonton tv lah kami untuk memenuhkan masa menunggu Azilah yang hanya muncul sekitar jam 10.50 malam.
Sepanjang perjalanan sekitar 3 jam dari Taman Meru ke Felda Nenering hanya dipenuhi bualan mencungkil maklumat daripada Azilah. Tak terasa perjalanan sejauh itu... dan banyak jugak kereta yang "terlupa" nak berhenti di lampu isyarat ketika warna merah sedang menyala... mungkin mereka terasa "buang masa" untuk menunggu sedangkan ketika itu tiada kereta lain yang melintas atau membelok. Tiba di rumah Mak Long Azizah/Pak Long Ismail pada jam 1.30 pagi. Mereka masih berlabun ketika kami sampai... walaupun ada jugak anak buah yang dah terbungkang.


Bandaraya Ipoh


Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Mohamad Rafiai Moktar.
Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.


Jadual isi kandungan[
tutup]