Friday, December 07, 2007

:: Orientasi..

belum pun 3 jam di atas pelamin...
kena menyental periuk...
pengalaman terulung tuuu...
terkena dan mengena...



Teringat kisah Akim aka Azizul Hakim yang dah selamat berkenduri kendara dan bernikah kahwin pada 1 Disember 2007 yang lalu di Felda Nenering, Grik. Urusan kerja dan memasak dilaksanakan secara bergotong royong.
Majlis kenduri berjalan lancar. Ramai rakan taulan, sahabat handai dan sedara mara Pak Long Ismail dan Mak Long Azizah yang datang... rasa2nya semacam kesemua 120 buah keluarga di felda tu yang datang... dan tumbanglah seekor lembu besar yang seberat 3 pikul... (PakTeh kata 2 pikul je)... menjadikan menunya mewah.
Selepas Majlis Berendoi dan Burdah cucu pertama mereka... iaitu Ammar Haziq... anakanda kepada Azizul Rahman Ismail dan Jalilah Che Mansur, diadakan pula Majlis Tahlil... dan diikuti dengan jamuan mulai jam 11.00 pagi hingga jam 2.30 petang.
Sebelah petangnya... Pak Ngah pekenakan Akim agar membasuh dan mencuci periuk belanga. Apa lagi... kaum wanita di situ pun mengambil kesempatan menyusun atur 9 biji periuk belanga yang hitam legam untuk dicuci. Memasak menggunakan kayu... mana tak hitam legam periuk belanga tu. Belum pun habis sebiji periuk dicuci... Akim tetiba hilang lesap entah ke mana... tetapi akhirnya muncul semula dengan Suhaida... rupa2nya dia pulak nak pekenakan isterinya. Itulah tujuan sebenar Pak Ngah... agar suami isteri itu tidak kekok bergaul dengan masyarakat sekitar... maafkan Pak Ngah... Akim dan Suhaida. Akhirnya apa yang berlaku... tidaklah Pak Ngah tahu... sebab Pak Ngah sibuk mencari tempat nak beradu... nak melelapkan mata.
Sebelah malamnya diadakan sesi berkenalan antara pengantin perempuan dengan kaum keluarga dan sedara mara sebelah Akim. Adalah sedikit soalan dan pertanyaan yang boleh ditafsir sebagai suatu bentuk orientasi kepada kedua2 pengantin tersebut... dan terkeluarlah istilah2... "abang" dan "ayang". Kelihatannya masing2 bergembira dan diharap tiada yang terasa hati. Walaupun tidur lewat malam itu... namun masing2 dapat bangun awal dalam kedinginan pagi... yang sejuk menyusuk ke tulang... Pak Lang dihantar oleh Aman ke Grik pada jam 6.30 pagi dan Pak Ngah dihantar oleh Pak Teh dan Syami ke Ipoh pada jam 8.30 pagi. Pak Lang akan bergerak ke Melaka bersama rakan yang akan menjemputnya di Grik... atas urusan seminar manakala Pak Ngah pula akan ke KLIA dengan bantuan bas Triton dari Medan Gopeng. Terima kasih atas budi baik semua. Alhamdulillah.