Saturday, December 22, 2007

:: Adat Sarawak...4

Selepas Perkahwinan
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke rumah mertua oleh pengantin perempuan dilakukan... adat ini juga dikenali sebagai "mengundang menantu". Dalam majlis ini... ibu mertua akan menghadiahkan "lapit kaki" (alas kaki) atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya... kerana mendapat menantu perempuan yang baru.
:: Apa2pun... selama PaNgah berada di Bumi Kenyalang ini... kebanyakan adat istiadat ini hanyalah dalam bentuk catatan sahaja... sudah diubahsuaikan di mana perlu... malah sudah ada trenda... tiada majlis persandingan... tiada majlis menepung tawar dan lain2 yang merumitkan terutama yang dilihat punya sentuhan pengaruh Hindu... wallahu'alam.