Monday, December 24, 2007

:: Hebatnya cinta



[Diedit dan diceritakan semula dari suatu "cerita yang diceritakan"]


WANITA : Siapa yang paling abang cintai di dunia ini?
LELAKI : Sayang le...!!!
WANITA : Menurut abang, sayang ini... siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Sayang ni... tulang rusukku...!!!

Dik kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian... dan ketika Adam sedang lena tidur... Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya... tidak lagi merasakan sakit di hatinya. Setelah berkahwin... pasangan itu mengalami masa2 yang indah dan manis untuk sementara... di peringkat awal. Setelah itu... pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup dan kehidupan mereka kekadangnya amat membosankan. Kenyataan hidup yang kejam... telah membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan kekadangnya pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas dan membahang. Pada suatu hari... pada akhir sebuah pertengkaran... WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan... dia berteriak nyaring... "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI terasa yang amat sangat dan membenci ketidakdewasaan WANITA... dan secara spontan juga berteriak... "Saya menyesali perkahwinan ini!!! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam... dan berdiri kaku untuk seketika. Akhirnya... LELAKI menyesali akan apa yang sudah dilafazkan... tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin mampu diceduk kembali. Dengan berlinangan air mata... WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya... serta bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu... biarkan saya pergi... biarkan kita berpisah... dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu... LELAKI masih belum lagi berkahwin... tetapi terus berusaha mencari khabar berita akan kehidupan WANITA. WANITA yang dahulunya pernah ke luar negeri... tetapi kini sudah kembali. WANITA... pernah berkahwin dengan seorang asing... tapi jodoh tak panjang... akhirnya bercerai. LELAKI agak kecewa apabila mengetahui yang WANITA tidak setia menunggu... sepertinya. Dan di tengah malam dan di dalam suasana yang sunyi sepi... dia meminum kopinya... terasa sakit yang amat sangat dihatinya... tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindui WANITA. Suatu hari... tanpa dirancang... mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport... suatu tempat yang biasanya banyak merakam kisah2 pertemuan dan perpisahan... mereka dipisahkan hanya oleh sebuah "dinding pembatas."

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... abang sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum...
WANITA : Sayang akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut sebentar lagi... dan sayang akan kembali 2 minggu lagi. Telefonlah sayang kalau abang berkesempatan. Abang tahu nombor telepon sayang... kan? Tidak ada yang berubah... masih seperti dulu.

WANITA tersenyum manis... berlalu di hujung lafaz... "Selamat tinggal." Seminggu kemudian... LELAKI menerima berita... WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu... sekali lagi... LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan "sakit dihatinya".
Akhirnya... LELAKI mulai menyedari bahawa "sakit" itu adalah kerana WANITA... iaitu tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dipatahkan.