Rendang ayam ni sama je rasanya... bahan perencahnya sama je... cuma kalau yang bijak tu... akan diubahsuaikan sikit bahan2 perencahnya... dan itulah yang spesialnya rendang ni... dan itulah sebabnya jugak... rasa rendang yang berbeza apabila dimasak oleh orang yang berbeza. Apa2pun PakNgah lebih gemarkan "seredak kuah"nya... bukan daging ayamnya... sebab jika dimakan bersama lemang atau kelupis tu... "berpalut" wooo... sekali sekala... bukannya selalu... kena pulak yang cukup lemaknya... cukup garamnya... fuh... cakap pun tak guna.
Kelupis ni macam ketupat dan lemang jugak. Pulut yang ditanak separuh masak berbungkuskan daun pisang atau daun palas atau pucuk nipah atau pucuk kelapa... kemudian direbus. Lemang dibakar tapi kelupis ni direbus macam ketupat jugak. Rasa sama macam ketupat cuma bentuk saja yang berbeza. Tak buat sendiri... cuma beli... banyak dijual... sedap tak sedap tu lain cerita... sebab kalau nak sedap dan ikut citarasa sendiri... kena buat sendiri le... tak gitu? Murah je... dijual siap berikat... 10 biji seikat.
Lemang ni macam lemang di Malaya. Tiada beza. Cuma mungkin harganya yang berbeza. Banyak dijual... dan kalau nak pekena yang panas2... kena beli di Jalan Matang... tempat jualannya, tempat bakarnya dan rumah empunya tauke lemang tu setempat je... sebab di situlah dibakar dan dijual... di depan rumah... suatu cara bisnes yang mudah... tiada sewaan tapak jualan dan tiada cukai perniagaan. Bisnes keluarga ni hebat... jualan adalah setiap hari... tak kira masa... hatta tengah malam jika dah kempunan sangat.
Serunding daging Kelantan tu... MakNgah yang beli ketika berkunjung ke KL baru2 ni. Serunding daging merah lebih sedap berbanding serunding daging beku... dan hargapun berbeza sikit antara kedua jenis tu. Tapi... semua tu hanya sekadar nak melepasi tekak je... sebab tekak kita ni memilih sangat... ini sedap... itu tak sedap... macam2.
Hari Raya AidilAdha datang lagi...dan Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk dapat bersama merayakannya sekali lagi tahun ini. Alhamdulillah.
Tidak berkesempatan nampaknya untuk mengorbankan haiwan kali ini... begitu jugak bagi IPTAR... mungkin masing2 punya sebab dan alasan tidak dapat melaksanakannya. Apa2 pun IPTAR lengang selengang2nya... kerana cuti semester... tiada pensyarah... tiada pelajar... kecuali para guru KEMAS yang mengikuti KDC untuk memperolehi diploma pendidikan... dan masing2 balik kampung untuk beraya.
Kami beraya di Kuching je... dan hanya MakNgah dan anak2 je yang ke rumah Nek Jah di Petra Jaya... maaf le... PakNgah uzur sikit.
Ketika PakNdak hubungi pagi tadi... kami sedang di meja makan... hidangan "sempoi" bagi istilah Alang... sekadar kelupis, lemang, serunding daging Kelantan dan rendang ayam je sebagai juadah kami 7 beranak di pagi raya kali ini. Pastinya... tiadalah laksa mi dan sate sebagaimana yang mungkin merupakan hidangan istemewa di rumah PakNdak/PakTeh/MakNjang petang nanti di Pantai Remis/Sg. Batu apabila berkumpul adik beradik termasuk PakLang... kecuali PakTam dan PakNgah yang tidak berkesempatan bersama.