NASIONAL
Alasan belajar diguna edar dadah
KUALA LUMPUR: Bukit Aman mendedahkan, terdapat kegiatan menyalahgunakan visa pelajar di kalangan warga asing, terutama dari Iran dan Nigeria untuk memasuki negara ini, sebelum menjalankan kegiatan pengedaran dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata warga asing terbabit dikenal pasti anggota dua sindiket yang beroperasi di ibu negara untuk merekrut rakyat tempatan, terutama gadis dan wanita sebagai penyeludup dadah antarabangsa. “Ia dikesan sejak setahun lalu, dengan sebahagian besar anggota sindiket ini menyalahgunakan visa pelajar yang dikeluarkan kepada mereka. Dalam permohonan mendapatkan visa, mereka kata mahu belajar di Malaysia dengan menggunakan nama universiti atau kolej tertentu.
“Selepas visa diperoleh dan berjaya memasuki negara ini, mereka tidak pun mendaftar di institusi pengajian berkenaan, sebaliknya menjalankan kegiatan jenayah. dengan menjadikan gadis dan wanita tempatan sebagai sasaran,” katanya kepada Berita Harian, di sini semalam. Justeru, beliau meminta kerjasama agensi berkaitan supaya pengeluaran visa berkenaan dikawal, selain diperketatkan syarat pengeluarannya. “Buat masa ini, kita mengesan dua sindiket beroperasi di Malaysia menggunakan modus operandi berkenaan. Polis sedang mengenal pasti identiti dalang utama dan anggota sindiket terbabit untuk tindakan selanjutnya,” katanya.