Sunday, December 09, 2007

:: Berbulan madu




Bulan madu adalah saat dan ketika kita (anda) dan insan tersayang merakam memori terindah yang bakal dikenang sepanjang hayat... yang boleh diulang2 berulangkali di pelbagai tempat mengikut kesuaian... mood... dan sumber kewangan.

Kita boleh merancang percutian dengan kejutan romantik untuk pasangan kita... dan pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilakukan yang mampu serta berjaya menambah eratkan hubungan intim sediaada kita (anda) dengan pasangan kita (anda). Itulah saat dan ketikanya kita lebih berpeluang mendalami diri kita dan pasangan kita... dan raikanlah saat2 indah itu tanpa gangguan insan lain... seolah2 ketika itu "dunia ini kita yang punya". Tinggalkan anak2 buat seketika di bawah jagaan keluarga. Ketika itu hanya sanya kita dan pasangan kita sahaja yang bercuti... dan berbulan madu... dan janganlah berbulan madu ini dianggap hanya sesuai dan layak untuk pasangan yang baru berkahwin sahaja... dan detik2 manis ketika baru berkahwin akan diulang2 apabila kita bersedia untuk menerima bahawa berbulan madu itu adalah hak kita dan kita gunakan peluang itu sebaik mungkin... ohhh... seronok... gembira... dan syahdunya... apabila kita lalui bersama pasangan kita...

Untuk menikmati percutian kita atau berbulan madu kita yang benar2 meninggalkan kesan yang mendalam... kita dan pasangan kita perlu menjadi pelancong yang bijak... sebab kepuasan bercuti kita atau berbulan madu kita sebenarnya bukan bergantung kepada lokasi dalam atau luar negara... "kelebihannya" bergantung dan berkait rapat dengan cara bagaimana kita dan pasangan kita merancang dan melakar pengisian kepada percutian atau bulan madu tersebut.

Dan... anda bagaimana...?