Thursday, December 27, 2007

:: Indah yang berbeza





Indah dan keindahan saling berkait... dan keindahan pula sering dikaitkan dengan sesuatu yang indah... yang cantik dan yang elok... walaupun mungkin maksudnya berbeza bagi individu yang berbeza.

Bagi entri sebelum ini... keindahan malam dipaparkan dengan selitan gambar bulan dipagar bintang... malah tanpa kehadiran bintang pun ... keindahan masih terserlah... maka apatah lagi jika bertaburan bintang di langit.... dengan silauan dan kerlipannya... walaupun ketika itu tanpa kehadiran sang bulan.

Namun... kekadang keindahan acapkali berubah mengikut waktu2 yang berbeza. Keindahan di awal pagi mungkin berbeza dengan keindahan di waktu tengahari... keindahan di waktu fajar sidik mungkin berbeza dengan keindahan di waktu maghrib... iaitu ketika matahari hampir terbenam. Keindahan di kala bulan mengambang mungkin berbeza dengan ketika hanya bintang bertaburan di langit... dan keindahan di kala langit yang cerah mungkin berbeza dengan ketika langit diliputi awan2 yang pelbagai bentuknya. Berbeza sungguh... dan itulah keindahan yang diberiNYA kepada kita... yang mungkin boleh kita renung fikir. Manakan tidak... sebab kekadangnya keindahan itu turut berbeza mengikut sudut dan fokus kita ketika kita melihat dan menghayati akan keindahan itu. Kelihatannya sedikit pelik... tetapi itulah kenyataannya... tambahan pula jika kita iringi dengan sentuhan emosi dan andaian2 yang kekadangnya pula tak terjangkau oleh kita pada sesuatu ketika.

Dan jika analogi itu digunapakai... maka begitulah juga dengan kita... dengan kehidupan kita... dengan masa2 silam kita... dengan masa2 yang bakal dilalui oleh kita... yang berkaitan dengan diri kita... dengan keluarga kita... dengan masyarakat kita... dengan negara kita... malah kesemuanya... selagi kita masih bernafas.
Sekadar contoh... keindahan kehidupan berkeluarga di awal perkahwinan seperti yang dialami oleh Akim kini mungkin berbeza dengan keindahan yang sedang dialami kini oleh adindanya Aman... dan mungkin juga berbeza dengan segala masam manis... kelat pahit... dan onak duri (jika ada) yang telah dilalui oleh ayahanda dan bonda mereka... iaitu PakLong dan MakLong yang kini menghampiri usia 60 tahun itu dan yang telah mengharungi kehidupan berkeluarga sekitar 40 tahun... iaitu suatu tempoh masa yang dianggap oleh banyak pihak sebagai tempoh kematangan baru bermula... walaupun tempoh kematangan itu mungkin berbeza bagi individu yang berbeza.