Org tua2 kita dah pun menukilkan... hina besi kerana karat... dan disambung pula dengan... hina manusia kerana miskin.
Bukan salah besi yang menjadikannya berkarat... penyebabnya ialah udara dan cuaca lembab. Besi tidak meminta dirinya berkarat... tiada daya upaya untuk bertahan tidak berkarat... dan ini berbeza dengan manusia... yang punya tenaga, usaha dan fikiran untuk tidak kekal di tahap miskin... walaupun istilah "miskin" dan "kemiskinan" boleh dibahas dan dibincang secara lebih meluas mengikut persepsi masing2.
Oleh itu... kenapa wujud kata2 "hina besi kerana karat... hina manusia kerana miskin"? Dan setakat manakah kebenaran kata2 itu mampu dipertahankan?