Banjir atau "bah" yang punya maksud yang sama memberi penangan yang hebat. Gambaran dan paparan ini mampu menunjukkan kepada kita betapa hujan lebat yang diturunkanNYA itu punya kehebatannya yang tersendiri.
Rumah teres satu tingkat biasanya jadi mangsa... berbanding teres dua tingkat... yang memberi ruang dan peluang kepada tuan rumah memindahkan barangan dan alatan. Pemaju perumahan biasanya menggunakan tanah rendah untuk meminimakan kos dan memaksimakan keuntungan. Ini belum diambilkira tentang sistem perparitannya. Alatan rumah dan lain2 sukar diselamatkan. Hanya tuan rumah yang boleh ke tempat perlindungan sementara... itupun jika berkesempatan... jika tidak... "selamat jalan".
Ini bukannya rumah yang dihanyutkan. Masih teguh dan kukuh di tapak asal pembinaannya. Perit dan deritanya hanya tuan rumah yang tahu. Musibah yang datang tidak akan mengira siapa. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi bagi yang mahu belajar dan bagi yang mampu mengutip pengajaran agar jadi panduan.
Rumah di kawasan terancangpun teruk dilanyak banjir... maka apakah yang boleh diharap bagi rumah2 di kawasan setinggan... yang tidak terancang sepenuhnya... dan itulah yang kerap terjadi. Tak nyenyak tidur dibuatnya... terutama apabila hujan mulai turun di waktu malam. Pastinya tak menang tangan nak berkemas... nak membeli barangan baru... nak menanggung kos pembaikan alatan dan perabut... yang pastinya bukan sedikit jumlahnya... dan bagaimana pula jika banjir (bah) ini kerap "berkunjung" tanpa menunggu pelawaan... maka yang sememangnya dah sedia susah akan semakin susahlah kehidupan dan penghidupan mereka itu.
Maka akan berusahalah menyelamatkan apa sahaja yang sempat diselamatkan... mengikut keutamaan mereka. Kasihan. Berusahalah selagi ada daya, upaya dan tenaga... sebab ketika ini masing2 punya tugas sendiri... nak selamatkan harta benda sendiri... sementara menunggu bantuan luar tiba... walaupun mungkin bantuan itu tak akan kunjung tiba.
Namun... kita akan menjadi sedikit kreatif apabila keadaan memaksa dan terpaksa. Kita menjadi hebat... walaupun sebelum itu kita tak sehebat manapun. Kehebatan dan kreativiti pendayung dan penumpang bagi gambar di sebelah ini berjaya menjadikan kita sedikit berfikir. Persoalannya... apakah kita hanya mampu melonjak dan bergerak pantas serta mampu ligat berfikir... hanya sanya setelah kita ditimpa musibah atau ketika ditimpa kemalangan...
Dan pastinya ini bukan lakonan... walaupun nampak semacam riang ria dan penuh kegembiraan para remaja ini berusaha "menyelamatkan" motosikal yang dah pun hampir keseluruhan anggota badannya ditenggelami air... dan selagi mereka terdaya... mereka akan berusaha menyelamatkan apa sahaja yang sempat diselamatkan.
Sekali pandang nampak semacam papan lapis hanyut... timbul dan dihanyutkan oleh air. Realitinya lain... bumbung rumah yang kelihatan itu. Ini menjadikan kita dapat mencongak paras air yang menggenangi kawasan perumahan itu. Dan... yang mendapat kesusahan adalah kita... kita yang mendiami di kawasan itu... yang mungkin tiada punya pilihan lain... selain dari terus menempati kawasan itu... walaupun berpuluh kali hatta beratus kali "diserang" banjir saban tahun.