Semalam harijadi Anjang. 17 Disember adalah tarikh lahirnya. MakNgah "cia" ayam KFC, beli dan makan di rumah je. Malam sebelumnya kami sekeluarga pekena seafood di Batu Lintang. Seronok tengok anak2 makan dan menjamu selera... PakNgah dan MakNgah sentuh sikit2 je... kena "berjaga2"... ye le umur dahpun ke arah "remaja dewasa" seperti kata sorang sahabat yang tak mau dikatakan dirinya dah tua.
Tapi... Anjang masih kelihatan murung... berdiam diri dan kurang nak bercakap sebagaimana selalunya terutama setelah "bebas lepas" dan "merdeka" istilahnya... apabila selesai SPMnya baru2 ni.
MakNgah dan lain2 bertanya khabar... apa yang diingininya sebagai hadiah... manalah tau hati sorang remaja... yang mungkin kekadangnya permintaannya yang bukan2... yang tak terjangkau dik pemikiran kita. Masih tak mau menjawab dan hanya sepatah ditanya maka sepatah le dijawabnya.
Rupa2nya... "Ahmad nak belajar kereta" katanya apabila PakNgah bersembang santai dengannya pada 17 Disember 2007, sebelah petang... "Ahmad takut ayah tak bagi..." sambungnya lagi... sambil senyum simpul...