Saturday, December 22, 2007

:: Adat Sarawak...1

Perkahwinan
Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawak mempunyai banyak persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu di sebahagian tempat di Semenanjung... yang merangkumi adat merasi, merisik dan majlis perkahwinan.

Sebelum Perkahwinan
Merasi
Biasanya... apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, ibu bapa atau saudara terdekat akan diminta untuk mencari pasangan untuknya... dan biasanya juga para ibu bapa akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai bakal menantu mereka. Pencari jodoh ini akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak. Merasi ni lebih kurang macam... mencari keserasian antara pasangan tersebut... tetapi kini hampir pupus lantaran ibu bapa lebih kepada hanya menurut kehendak hati dan pilihan anak2 mereka... walaupun beberapa perkara asas masih dititikberatkan... seperti mempunyai asas agama... pekerjaan... dan tiada kecacatan yang memudaratkan.

Ngangin
Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan... dan kini... ngangin ini disekalikan dengan merisik (bertekul)... lantaran wujudnya sentuhan pemodenan apabila anak2 sudah mempunyai pilihan masing2... menjadikan proses2 selanjutnya adalah lebih kepada formaliti sahaja.

Bertekul (Merisik)
Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan... yang bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, sejumlah wang yang biasanya mengikut keikhlasan pihak lelaki... beserta barang kemas seperti sebentuk cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan bakal diadakan (mereya).

Mereya ( Bertunang )
Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah sejumlah wang, cincin tunang, persalinan dan peralatan lain yang kadang2nya termasuk manisan... serta beberapa gubahan lain... manakala pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada kebiasaannya... balasan daripada pihak perempuan adalah lebih banyak daripada bilangan hantaran daripada pihak lelaki... dalam bilangan yang ganjil. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum berkahwin (langkah batang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas kepadanya... sebagai "menjaga hati".