Acara berasingan Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri |
Gambar InfofotoKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (tengah) berkenan menerima mengadap Pengarah Perkhidmatan Persekutuan Tentera dan Kerjasama Teknikal Russia Dmitrlyev Mihail Arkadievich (dua dari kiri). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (kanan), Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar (dua dari kanan) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (dua dari kiri) berkenan meninjau sekitar Sekolah Anak Yatim Yuri Nikulin. |
Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri teruskan acara | ||||||
Oleh Mohamad Asyramisyanie |
Majlis mengadap berlangsung di Hotel Ritz Carlton Moscow yang menjadi
tempat bersemayam Baginda Sultan sepanjang keberangkatan ke negara itu,
kata laporan berita RTB.
Arkadievich yang bertanggungjawab bagi agensi penghasilan senjata
tentera dan keselamatan Russia disertai beberapa pegawai kanan.
Dalam acara berasingan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri
Azrinaz Mazhar dijunjung berangkat melawat ke Sekolah Anak Yatim Yuri
Nikulin di Moscow.
Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri dan Pengiran Isteri dijunjung oleh pengarah
sekolah berkenaan, Igor Ashotovich yang turut menjunjung keberangkatan Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
Dalam keberangkatan itu, Baginda Raja Isteri serta Pengiran Isteri bersama kerabat
diraja yang lain dijunjung menyaksikan bahan pameran, melawat bilik komputer,
asrama dan bilik permainan di sekolah berkenaan.
Dalam lawatan singkat itu, Baginda Raja Isteri serta Pengiran Isteri juga
berkenan menyumbangkan derma kepada pihak sekolah bagi mencetuskan
kegembiraan dan mendorong kanak-kanak itu untuk terus menjalani kehidupan
dengan penuh keyakinan.