Monday, October 26, 2009

:: PPD Batang Padang kerap bertukar ?

Ada penjawat awam yang setia dengan organisasinya, susah senang di situlah mereka, bersama2 untuk jatuh bangun dan punya hasrat memenuhi matlamat organisasi. Ada yang sebegitu. Namun, ada juga yang sentiasa berpindah randah, sekejap di sana, sekejap di sini, kemudian berpindah ke tempat lain dan mereka juga punya sebab dan alasan mereka sendiri.

Lain udang lain garamnya...begitulah anggapan kita selama ini. Walau apapun alasan dan hujah yang dikemukakan oleh pihak teramai dalam kes2 sebegini...mungkin faktor persekitaran dan ruang kerja seseorang penjawat awam itu adalah antara faktor penyebabnya...di samping banyak angkubah lain yang punya pemberatan yang juga berbeza.

Luahan pendapat dan pandangan seperti di bawah ini...sewajarnya perlu dilihat secara berfokus...dan diambil perhatian serta tindakan yang betul dan tepat.

............................................................

Pegawai kerap bertukar jejaskan pendidikan

SAYA ingin menyatakan pandangan mengenai pencapaian pendidikan di Daerah Batang Padang tercorot berbanding daerah lain di Perak. Sejak 2004 pegawai Pejabat Pelajaran Daerah sering bertukar, malah pernah tiga kali tiada pegawai.

Sejak 2004 tiada pegawai memegang jawatan lebih dua tahun dan paling singkat dua bulan itu Razali Ismail (16 Januari -16 Mac 2008).

Tidak hairanlah, pendidikan di daerah Batang Padang tidak berkembang. Kewujudan Pejabat Pelajaran Daerah bertujuan meningkat dan mengupayakan sekolah.

Jika pegawai sering bertukar bagaimanakah dia hendak merealisasikan dasar pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan dan kepemimpinan seperti yang tercatat dalam misi Pejabat Pelajaran Daerah.

Maka terjerit penolong pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang menjaga segala hal akademik. Kadangkala mereka menyalahkan guru besar yang kononnya tidak komited atau enggan berubah.

Jangan terus menuding jari kepada kepemimpinan sekolah jika pegawai Pejabat Pelajaran Daerah tidak pernah teguh dan mantap.

Amat penting pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang juga mampu berkomunikasi sebaiknya dengan guru besar dan pengetua. Mereka harus menunjukkan keterampilan diri yang baik dan berilmu untuk dicontohi. Kepintaran emosi (EQ) juga perlu diberi perhatian.

Saya meminta Kementerian Pelajaran memantau keterampilan, ilmu dan etika pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan ketuanya diberi peluang merancang dan membangunkan pendidikan dengan lebih mantap.

ADUKA

Batang Padang,

Perak.