Saturday, October 03, 2009

:: Pengebumian Jenazah Noordin M.Top ?

Saturday, October 3, 2009

Sekitar Pengkebumian Jenazah Noordin M Top

Jenazah Noordin M Top akhirnya selamat dikebumikan di Pekuburan Islam Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri, Johor, Malaysia,hari Jumaat pada jam 6.45 petang tadi.pada jam 7.00 malam.(2/10/2009). Noordin di kebumikan di bersebelahan abang saudara pertamanya.

Upacara pengkebumian itu yang dihadiri ahli keluarga Allahyarham dan ratusan penduduk kampung itu berlangsung dengan kawalan polis. Ratusan orang mengiringi jenazah Noodin M Top menuju pekuburan Kampung Melayu.


Beberapa polis dari menjaga lalulintas di jalan menuju
tanah pekuburan Kampung Melayu, tempat pengkebumian Noordin M Top.


Lalulintas menjadi sesak kerana ratusan orang turut
mengiringi jenazah Noordin M Top untuk dikebumikan.


Ratusan orang mengiringi jenazah Noordin M Top ke Pekuburan Islam
Kampung Melayu, Pontian Besar, Johor, Malaysia.



Sebelum dikebumikan, jenazah Noordin M Top
di solatkan di Masjid Jamek Nurul Iman, Malaysia.


Sebahagian hadirin melaungkan takbir sebanyak tiga ketika jenayah Noordin dibawa ke liang lahat untuk dikebumikan.

Sebelum itu, jenazah beliau yang dibawa dengan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiba di sini pada jam 6 petang tadi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Pontian, kira-kira dua kilometer dari tanah perkuburan.

Jenazah beliau dibawa pulang dari Jakarta dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 tengah hari tadi dengan diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi, dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi.

Jenazah Noordin dimasukkan ke dalam liang lahat.

Keluarga Noordin M Top ikut menghadiri acara pengkebumian.

Wartawan tempatan dan antarabangsa yang ikut membuat
liputan acara pengkebumian Noordin M Top.


Tandu jenazah Noordin M Top dikeluarkan darikenderaan jenazah dan diangkat ke liang lahat.

Satu persatu anggota keluarga Noordin M Top menabur bunga
dan menyiramkan air di atas pusara Noordin M Top.

Ahli keluarga Noordin berdiri di sebelah pusara.



Noordin M Top dikebumikan bersebelahan pusara saudara pertamanya.


...........................................................................................................................


02 Oktober, 2009 23:09 PM

Keluarga Noordin Mat Top Terkilan Terlalu Lama Untuk Membawa Balik Jenazah

PONTIAN, 2 Okt (Bernama) -- Keluarga Allahyarham Noordin Mat Top yang terbunuh di Indonesia 17 Sept lepas kecewa dengan tempoh terlalu lama sebelum mereka dibenarkan menuntut dan membawa balik jenazah militan itu ke Malaysia untuk dikebumikan.

Abang ipar kepada militan itu yang dikenali sebagai Supriyo berkata tempoh yang terlalu lama itu adalah bertentangan dengan kehendak agama Islam yang mahukan jenazah umatnya dikebumikan sejurus selepas kematiannya.

"Kami sekeluarga amat terkilan kerana tempoh yang diambil untuk kami menuntut jenazah Noordin dan mengebumikannya adalah terlalu lama. Sebagai umat Islam, jenazah harus disemadikan secepat mungkin."

"Mengapa mereka (pihak berkuasa di Indonesia) harus berbuat begitu (menahan jenazah Noordin). Kami sekeluarga tidak memahami tujuan tindakan mereka itu," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya pengebumian militan itu di tanah perkuburan Kampung Kayu Ara Pasong , Jumaat.

Supriyo, seorang pesara dan berumur di dalam lingkungan 50-an, merupakan suami kepada kakak Noordin yang dikenali sebagai Halimah.

Selepas diburu selama sembilan tahun, Noordin yang mengetuai kumpulan serpihan radikal Jemaah Islamiyah (JI) terbunuh dalam operasi pasukan anti keganasan republik itu di sebuah rumah di Kepuhsari, Solo Jawa Tengah kira-kira dua minggu lepas.

Keluarga Noordin diwakili oleh abangnya, Yahya dan isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi yang hanya dibenarkan menuntut jenazahnya Khamis dan membawanya pulang ke Malaysia untuk dikebumikan Jumaat.

Ditanya mengenai dakwaan tentang kegiatan keganasan yang dipelopori oleh Noordin, Supriyo berkata mereka sekeluarga tidak menyokong aktiviti keganasan yang dikatakan dilakukan oleh Noordin.

"Walaupun kita tidak bersetuju dengan tindakan Noordin, tetapi kami sekeluarga tidak menghinanya. Biarlah sejarah yang menghakimi perbuatan Noordin," katanya.

Adakah mereka sekeluarga percaya tentang dakwaan kegiatan keganasan oleh Noordin, katanya beliau secara peribadi agak ragu-ragu kerana adik ipar yang dikenalinya merupakan seorang yang memiliki perwatakan lemah-lembut, baik dan peramah.

Menurutnya Noordin merupakan anggota yang paling disayangi oleh keluarga mereka.

-- BERNAMA