Showing posts with label Russia. Show all posts
Showing posts with label Russia. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

:: Kerabat Brunei di Russia 1


Acara berasingan Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri

Gambar Infofoto

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam (tengah) berkenan menerima mengadap Pengarah Perkhidmatan

Persekutuan Tentera dan Kerjasama Teknikal Russia Dmitrlyev Mihail Arkadievich

(dua dari kiri).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran

Anak Hajah Saleha (kanan), Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz

Mazhar (dua dari kanan) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak

Isteri Pengiran Anak Sarah (dua dari kiri) berkenan meninjau sekitar Sekolah

Anak Yatim Yuri Nikulin.


Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri teruskan acara

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap
Pengarah Perkhidmatan Persekutuan Tentera dan Kerjasama Teknikal Russia
Dmitrlyev Mihail Arkadievich.

Majlis mengadap berlangsung di Hotel Ritz Carlton Moscow yang menjadi

tempat bersemayam Baginda Sultan sepanjang keberangkatan ke negara itu,

kata laporan berita RTB.

Arkadievich yang bertanggungjawab bagi agensi penghasilan senjata

tentera dan keselamatan Russia disertai beberapa pegawai kanan.

Dalam acara berasingan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri

Azrinaz Mazhar dijunjung berangkat melawat ke Sekolah Anak Yatim Yuri

Nikulin di Moscow.

Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri dan Pengiran Isteri dijunjung oleh pengarah

sekolah berkenaan, Igor Ashotovich yang turut menjunjung keberangkatan Yang

Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang

Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Dalam keberangkatan itu, Baginda Raja Isteri serta Pengiran Isteri bersama kerabat

diraja yang lain dijunjung menyaksikan bahan pameran, melawat bilik komputer,

asrama dan bilik permainan di sekolah berkenaan.

Dalam lawatan singkat itu, Baginda Raja Isteri serta Pengiran Isteri juga

berkenan menyumbangkan derma kepada pihak sekolah bagi mencetuskan

kegembiraan dan mendorong kanak-kanak itu untuk terus menjalani kehidupan

dengan penuh keyakinan.

Tuesday, October 13, 2009

:: Kerabat Brunei ke Russia


Baginda Sultan tiba di Moscow

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar Infofoto

Baginda Sultan dan anggota kerabat diraja menuruni pesawat khas ketika berangkat tiba di lapangan terbang.


Baginda Sultan (kanan) dengan diiringi, Timbalan Menteri Luar Russia Alexey N. Borodavkin berkenan memeriksa barisan kehormatan sebaik ketibaan baginda di lapangan terbang.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berangkat tiba di Lapangan Terbang Vnukovo, Moscow bagi memulakan lawatan rasmi enam hari ke Russia.

Berangkat sama dalam lawatan rasmi Baginda Sultan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.

Yang turut berangkat bersama rombongan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

Juga berangkat dalam lawatan itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim serta kerabat diraja yang lain.

Yang hadir menjunjung keberangkatan tiba Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain ialah Timbalan Menteri Luar Russia Alexey N. Borodavkin serta pegawai Kedutaan Brunei ke Rusia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan hari ini, lawatan itu adalah yang kedua oleh Baginda Sultan kle negara itu sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1991.

Keberangkatan Baginda Sultan ke Moscow adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara sehubungan dengan jemputan Presiden Dmitry Medvedev yang kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan beberapa pembesar Russia di majlis santap tengah hari, tambah kenyataan.

Sementara itu agensi berita AFP melaporkan antara tempat yang dilawati Baginda Sultan termasuk kilang barangan kemas di Moscow dan juga membuat perjumpaan dengan pegawai daripada pengeksport senjata api, Rosoboronexport serta perkhidmatan Kerjasama Teknikal Ketenteraan.

Baginda sultan dijadualkan berkenan meninjau pembuatan helikopter Russia di sebuah pangkalan di Moscow sebelum dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vladimir Putin pada 16 Oktober ini.