Thursday, October 22, 2009

:: Hari ini...

Sehari suntuk siang tadi banyak tugas yang perlu dibereskan. Berkesempatan juga menjengah ke Jabatan Pengajian Melayu...ada sedikit majlis doa selamat... untuk En.Zulkifli Baharin dan Pn. Hjh. Rokaiyah yang akan menunaikan fardhu haji tahun ni... semoga mereka selamat pergi dan kembali serta beroleh haji yang mabrur...

Sambil yang hadir menikmati juadah... berkesempatan juga berbual dengan Ustzh. Noraini berkaitan penubuhan koperasi... insyaAllah awal tahun hadapan (2010) katanya... tahun ni agak berat tugas yang dipikul katanya lagi... termasuk penyediaan SRR (MQA/MQF)... dan pelajar j-QAF yang akan tiba tak lama lagi... dan daripada En. Iskandar diberitakan majlis qurban akan diadakan tak lama lagi... 2 ekor lembu akan ditumbangkan...

Sehingga jam 5 petang tadi... berkesempatan merancang Kursus Guru Cemerlang Siri 2/2009 bersama-sama En. Muhaimi Suhaili dan Pn. Zahanin Ismail, yang bakal diadakan di Santubong Resort pada awal November nanti... sementelahan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya bagi Zon Sarawak... Siri 1 telah disempurnakan manakala Siri 3 bakal diadakan pada Disember nanti. Sedikit rombakan JKuasa Siri 1 telah dilakukan.

Sepatutnya ke Pusat Islam untuk berjemaah Maghrib serta majlis tahlil atas jemputan En. Zulkifli Baharin... tak tertunai nampaknya kerana sedikit halangan di Jalan Dato' Mohd Musa. Diharap majlis sempurna dilaksanakan.