Saturday, January 19, 2008

:: Susu yang tumpah


:: ketika berehat dan bersantai bersama keluarga... sempat juga mengulang baca sebuah buku lama... yang mengisahkan bagaimana seorang pensyarah di sebuah universiti memulakan pengajarannya... bagi subjek kesihatan berkaitan pemakanan.

Seorang daripada pelajarnya menceritakan:

"Beliau membawa segelas susu dan meletakkannya di atas meja. Jelas kelihatan oleh kami. Kami duduk sambil kehairanan melihat susu tersebut. Apa yang akan dilakukannya?"

Akhirnya pensyarah tersebut memukul gelas susu itu dengan kuatnya. Gelas jatuh lalu pecah dan susu pun tumpah... dan sambil mengeraskan suaranya... diberitahu kepada pelajarnya... jangan risau mengenai susu yang tumpah!


Boleh difikirkan:

Susu telah hilang sedangkan sebelumnya ada... ada di dalam gelas. Oleh kerana sesuatu sebab... kita yang memecahkan gelasnya... atau kita yang menuangkannya atau mungkin kerana dipecahkan oleh orang lain... menjadikan susunya tumpah. Sukar bagi kita untuk mengambilnya kembali... itu yang pasti. Susu yang sepatutnya tidak tumpah... telahpun tumpah... dan kini telah terlambat untuk kita mengumpulkannya kembali.

Begitu juga dengan kita... dengan kehidupan kita. Perlukah kita bersedih dan menyesali nasib atau menyalahkan diri sendiri... atau cuba membabitkan orang lain apabila sesuatu perkara telah berlaku... dan apakah yang sepatutnya kita lakukan... ?