Sunday, January 13, 2008

:: Membentuk jati diri

:: se awal pagi jam 7.45... anak bungsu PakNgah dah hubungi bertanyakan di manakah kami kini... sebab mungkin menjangkakan kami telah bergerak ke sekolahnya... sebagaimana yang diharapkannya agar kami berada bersamanya dalam tempoh yang lebih lama sehingga jam 12.30 tengahari... sedangkan ketika itu kami masih di rumah.
:: setelah siap semuanya... termasuk membawa bersama barang dan alatan lain yang dipesannya... kami tiba di sekolahnya... agak masih terlalu awal pada anggapan PakNgah iaitu sekitar jam 9.00 pagi untuk melawat... dan kelihatan dia sedang berlonggok di pondok wakaf di bahagian kiri dewan perhimpunan sekolahnya... bersama 3 orang rakan lain yang mungkin juga sedang menunggu ibubapa dan penjaga untuk menziarahi mereka... dan beredarlah rakan2 sekelasnya itu ke tempat lain untuk memberi laluan kepada kami di pondok tersebut yang hanya memuatkan 6 bangku simen bersama 1 meja bulat.
:: dan begitulah biasanya mungkin bagi anak2 yang kali pertama diam di asrama... berjauhan sedikit dari ketiak ibubapa... melalui program minggu orientasi yang disusunatur oleh pihak sekolah... dan kehidupan yang berbeza sedikit dari kebiasaan ketika di rumah bersama ahli keluarga berbanding aturcara rasmi dan tidak rasmi serta peraturan di sekolah yang perlu dipatuhi dalam usia sebegitu... baru masuk ke tingkatan 1.
:: banyaklah perkara dan hal2 yang diceritakan oleh anak bungsu kepada Angah dan Anjang yang turut serta bersama PakNgah dan MakNgah pagi tadi... dan PakNgah hanya sebagai pendengar setia terhadap luahan perasaan yang terkumpul dan dipendamnya selama 6 hari sejak mendaftar ke sekolah tersebut pada 8 januari lalu... yang sesekali dicelah oleh MakNgah... sambil menjamah sedikit juadah yang dibawa.
:: selain dari pesanan biasa daripada Angah (kakak), Anjang (abang) dan MakNgah kepada Acik (anak bungsu) apa yang patut dan tak patut dilakukan... PakNgah hanya menegaskan peri perlunya jati diri dibina ketika berada di sekolah... termasuklah segala peraturan dan cara hidup di asrama dan di sekolah... dan PakNgah turut memaklumkan bahawa PakNgah akan mengurangkan tempoh masa lawatan dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan... agar Acik mampu membiasakan diri dengan keadaan2 di luar jangka terutama apabila tidak dilawati nanti jika keadaan tidak mengizinkan atas sesuatu hal... dan alhamdulillah... Acik memahami... malah ditekankan jugak agar Acik tidak kerap balik ke rumah walaupun berpeluang balik ke rumah iaitu sekali bagi setiap 2 minggu... supaya terbiasa dengan kehidupan sendiri di asrama... dan dari maklumannya PakNgah tahu bahawa Acik mengaku memahami dan mengerti erti dan makna di sebalik "hidup dan kehidupan" diam di asrama.
:: alhamdulillah... semoga Acik tabah melalui semua cabaran dan dugaan (jika ada) dalam melalui detik2 sepanjang usia remajanya dan seterusnya... hinggalah mampu berdiri dengan penuh yakin... sebagai asas pengalaman yang perlu dilalui... terutama apabila PakNgah dan MakNgah "dah tiada" nanti...
:: insyaAllah... minggu depan kami akan menjemputnya balik ke rumah... setelah 2 minggu merasai nikmat hidup di asrama... iaitu suatu pengalaman yang tidak mampu diperolehi kecuali kita berada di dalam "kehidupan" itu sendiri...