Sunday, January 27, 2008

:: Hujung minggu


Hari Jumaat sebelah petangnya MakNgah ambil Acik di asrama... berkongsi kereta dengan Cikgu Dayang yang turut menjemput anaknya Nur Ardiana... yang juga di Tingkatan 1 berlainan kelas... untuk balik bermalam. Mereka lajak ke IPTAR sebab PakNgah ada di sana. Bermalam di IPTAR bersama Anjang dan Angah yang datang kemudiannya.

Pagi semalam kami ke Tabuan Jaya dan bermalam... walaupun PakNgah kelewatan sedikit. Banyak juga bahan yang perlu disiap dan dibawa bersama untuk suatu tugas di Langkawi nanti berkaitan perjawatan 2008 dan 2009. Tidak kesunyian di pejabat pagi semalam... sebab ada kuliah gantian untuk cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina. Dah dua kali Sabtu... guru pelatih dan pensyarah mengganti kuliah. Semua ni melayakkan mereka bercuti panjang nanti... terutama yang tinggal jauh dan melibatkan penerbangan. Berkesempatan juga bincang dengan Encik Mohd Iskandar hal2 kolej kediaman... sepanjang ketiadaan PakNgah hampir seminggu nanti.

Masalah penerbangan menyebabkan perlu bermalam di KL malam ni... sebelum berlepas ke Padang Mat Sirat awal pagi esok.

InsyaAllah... sebagaimana biasa... dapatlah berjumpa dan bersembang panjang dengan PakSu Yeh sekeluarga nanti... apabila ke pulau yang kononnya telah disumpah dik Mahsuri... 7 keturunan menjadi padang jarak padang terkukur itu. PakSu Yeh adalah adik tiri bungsu kepada Allahyarham ayahnda Lin... sama emak berlainan bapa... yang bermastautin di Kuah sejak zaman bujang terunanya lagi...

Untuk itu... tak dapatlah nak hantar anak bungsu ke asramanya petang ni... memadai MakNgah bersama Angah dan Anjang yang akan ke sana nanti... dan pagi ini... cadang2nya nak pekena Laksa Sarawak di Satok dulu...