Monday, January 07, 2008

:: Anakku


"Wahai anakku... engkau bakal menghadapi hidup dan kehidupan baru... hidup yang di dalamnya tiada tempat bagi ayah dan ibumu... termasuk sedara2mu. Selepas ini... engkau akan menjadi rakan kongsi bagi suamimu... seorang lelaki yang baru diijabkabulkan... seorang lelaki yang juga merupakan pilihan hatimu... seorang lelaki yang dicintai dan yang juga mencintaimu. Ibu amat pasti selepas ini... bahawa suamimu tidak akan rela ada orang lain yang mencampuri dalam urusan rumah tanggamu berdua... hatta orang yang amat hampir dengan mu... malah kaum kerabat serta rakan taulan mu."

Begitulah mungkin nasihat terakhir yang mungkin mampu diberi oleh seorang ibu kepada anak perempuan kesayangannya... yang baru diijabkabulkan... yang bakal menghalalkan segala sesuatu yang diharamkan ke atas mereka sebelum ini... iaitu ke atas anak dan menantunya.

"Anakku... jadilah seorang isteri yang baik... sekali gus seorang ibu bagi suamimu... walaupun dirimu adalah isteri baginya... berusahalah sedaya upayamu menjadikan sehingga suamimu merasai bahawa dirimu adalah segala2nya di dalam hidupnya... dan ingatlah bahawa seorang lelaki itu tidak ubah seperti kanak2 yang amat menyenangi jika dirinya dimanjakan... ingat tu."

Nasihat ini mungkin juga akan dituturkan oleh ibu yang amat memahami betapa pentingnya peranan yang bakal dimainkan oleh anak perempuannya... dalam melayari kehidupan berumahtangga... selepas ini.

"Janganlah engkau membuat suamimu berasa bahawa dengan menikahimu... menjadikan dirimu terpisah dari keluarga dan ibu bapamu. Perasaan itulah juga yang akan dirasai oleh suamimu. Dia akan merasai sebagaimana dirimu merasainya... tiada bezanya. Ingatlah... suamimu juga telah meninggalkan rumah kedua ibu bapa dan keluarganya... demi kamu wahai anakku... ingat itu wahai anakku."

Kekadang... perasaan saling memahami dan saling mengerti antara pasangan yang baru berumah tangga... akan bercampur baur hingga tak terkawal akan peranan yang sewajarnya dilaksanakan oleh antara kedua pihak.

"Anakku... setiap perempuan sepertimu ini... biasanya akan merindui pada keluarga dan kepada rumah tempat dia dilahirkan... tempat dia membesar dan berterusan belajar mengenali akan hidup dan kehidupan di dalamnya. Pastinya adalah sebegitu. Tetapi... perempuan sepertimu ini... yang baru berumahtangga perlu membiasakan diri untuk hidup di dalam suasana yang baru... yang serba baru. Anakku... kamu perlu menyesuaikan diri dengan seorang lelaki... iaitu lelaki asing yang bukan sedarah sedaging denganmu... yang telahpun sah menjadi suamimu... sebagai pelindung kepada dirimu dan bakal menjadi ayah kepada anak2mu nanti. Inilah duniamu yang baru... anakku! Oleh itu anakku... aku minta padamu... cintailah suamimu... hidup dan berbahagialah bersamanya..."

Dan jika kata2 nasihat sebegini... yang telah diucapkan oleh para ibu kepada anak2 perempuannya... sedikit sebanyak pastinya akan berupaya membantu dan mampu membentuk suatu bentuk hidup dan kehidupan berkeluarga sebagaimana yang dihasratkan.