Saturday, January 12, 2008

:: Pilihan kita

nak bersatu atau nak berpisah



"Aku tidak terkejut jika pada suatu hari temanku ini mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya kerana temanku ini sudah mulai merasa penat dan bosan dengan sikap suaminya yang terlalu bergantung dan berharap agar temanku memenuhi semua kehendak dan keperluannya tetapi dia sebagai lelaki gagal memenuhi kehendak dan keperluan temanku. Malang sekali bagi lelaki yang dikurniakan wanita sedemikian kerana jika mereka tidak tahu cara bagaimana untuk menjaga dan menghargai wanita yang telah menemui rahsia sebenar seorang lelaki..." itulah antara kata2 atau kata hati yang mungkin diluahkan oleh kita... di kalangan kita apabila rasa kecewa mungkin telah berjaya menguasai diri kita.

Kekadang tu kita tersepit antara dua keperluan... iaitu keperluan diri dan keperluan memenuhi tuntutan pasangan kita. Ada orang sanggup memenuhi keperluan diri dan di dalam masa yang sama berusaha memenuhi keperluan pasangan... seboleh2nya seadil mungkin. Tapi ada juga yang mementingkan diri... iaitu mengutamakan keperluan sendiri berbanding keperluan pasangan... walaupun ada juga yang mengutamakan keperluan pasangan berbanding dengan keperluan diri.

Inilah hidup dan kehidupan. Kita bertindak dan berfikir mengikut kepercayaan dan keyakinan kita yang mungkin diasaskan daripada ilmu kita... pengalaman hidup kita... atau mungkin pemerhatian kita yang disekalikan dengan ilmu, pengalaman dll yang kita campuradukkan. Kesemua inilah yang mungkin sedikit sebanyaknya mempengaruhi sikap kita... harapan kita... cita2 kita... pegangan hidup kita dll yang mungkin pula akan menentukan sikap kita kepada pasangan kita.

Itulah sebabnya kekadang tu kita dapati ada isteri yang sanggup memohon cerai atau berpisah... walaupun kita dapati kehidupan pasangan itu tidaklah seteruk mana... makan pakai OK... ada tempat tinggal... ada harta sedikit sebanyak... dan punya zuriat yang boleh digantung harap... tapi ada juga pasangan yang jodohnya kekal... walaupun suaminya adalah seorang yang tak boleh diharap langsung... kaki judi... kaki botol... kaki betina... menjadi mangsa sepak terajang suaminya... harta yang dimiliki bukannya semakin bertambah tapi semakin susut... dan isteri pula yang mungkin beralih memegang tampuk sebagai pencari rezeki berbanding suami yang "tak berguna" itu.

Dan kedapatan juga... mungkin wujud di kalangan kita... ada isteri yang terpaksa menyara suami serta keluarga... terutama apabila suami tidak berupaya melaksanakan tugasnya... yang mungkin diakibatkan oleh sakit yang berpanjangan dan kecacatan akibat kemalangan... namun semua ini mungkin bergantung kepada diri kita... bagaimana kita melihat "hidup dan kehidupan" ini dan harapan2 serta jangkaan2 yang masih bersisa di dalam kotak minda kita...