http://www.nst.com.my/nst/articles/Governmenttakesaseriousviewonhakersissue_Muhyiddin/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Limalamanwebmilikkerajaanbelumpulih/Article
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/51lamanwebdigodam/Article/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Polis terima petunjuk baru
KUALA LUMPUR 16 Jun - Polis mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.
"Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut SKMM, sebanyak 51 laman web tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.
Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali Anonymous untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Buru penggodam
KUALA LUMPUR 16 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana kumpulan penggodam termasuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘anonymous’.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara terperinci mengenai identiti dan lokasi penggodam tersebut.
Pada masa yang sama, beliau berkata, siasatan juga dibuat untuk meneliti sejauh mana serangan siber tersebut memberi ancaman kepada keselamatan negara bagi membolehkan segala langkah perlu diambil dengan kadar segera.
“Kita memandang serius perkara ini kerana ia memberi kesan besar kepada perjalanan kerajaan khususnya dari aspek sistem teknologi maklumat. Saya dapat maklumat bahawa sudah banyak laman web kerajaan yang digodam.
“Kita akan menunggu laporan bagaimana permasalahan ini hendak ditangani dan kita harap, tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan. Apa pun kita pantau perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serangan siber ke atas puluhan laman web kerajaan bermula pukul 3.30 pagi tadi, sehingga menyebabkan operasi laman web tersebut tidak boleh diakses.
Serangan itu dilancarkan oleh kumpulan ‘anonymous’ sebagai tindak balas terhadap ketegasan kerajaan Malaysia mengenakan sekatan terhadap Internet, tayangan filem serta siaran televisyen.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tindakan tegas yang diambil SKMM ke atas media alternatif yang menggunakan Internet cuma ke atas kenyataan berbentuk hasutan kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.
Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa dasar untuk tidak menyekat Internet akan terus kekal dan komitmen itu sudah disuarakan berulang kali oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
“Namun, kalau ada mana-mana pihak yang cuba menyalah guna atau melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara, SKMM mempunyai sepenuh hak untuk mengambil tindakan,” ujarnya.