Friday, June 17, 2011

:: BERSIH: Apa pendirian rakyat terbanyak... apa pendirian kerajaan...?





Bersih promosi demokrasi telus

SHAH ALAM – Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap diadakan bagi mempromosi tuntutan demokrasi dan pilihan raya bebas serta adil yang menjadi harapan seluruh rakyat.

Presidennya, Datuk S Ambiga berkata, perhimpunan Bersih 2.0 diharap berjalan dengan lancar dengan kerjasama penuh daripada pihak polis.

Menurutnya, beliau berharap supaya perhimpunan itu akan berlangsung secara aman dan tidak berakhir dengan keganasan seperti sebelum ini.

“Saya akan menghadapi sebarang hukuman yang akan dikenakan berikutan perhimpunan ini, jika apa yang berlaku selepas ini adalah sebaliknya.

“Tetapi, jika Bersih 2.0 mendapat kerjasama polis pasti ia akan berjalan lancar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini perlu bersama-sama memperjuangkan agenda itu untuk membentuk masyarakat madani dan membantu menyalurkan suara rakyat ke peringkat sepatutnya.

“Sekiranya ada pihak meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, membuktikan mereka menindas suara rakyat yang cuba dibangkitkan.

“Semua pihak sama ada ahli politik dan rakyat mempunyai hak menikmati kebebasan yang dinamik dan telus ini,” katanya

Menurutnya, Bersih 2.0 yang dilancarkan pada 10 November tahun lalu hanya terdiri daripada ahli-ahli golongan masyarakat madani.

Katanya, perhimpunan kali ini adalah satu inisiatif yang dipimpin masyarakat madani dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti politik yang ada.





Pemuda UMNO, BN Tindak Balas Adakan Perhimpunan 9 Julai Ini Sokong SPR



KUALA LUMPUR 16 Julai – Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai ini bagi menzahirkan sokongan terhadap sistem demokrasi sedia ada serta usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperberbaiki lagi sistem pilihan raya yang ada pada hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata memorandum berkenaan antara lain akan turut menyentuh beberapa cadangan ke arah penambahbaikan sistem sedia ada termasuk isu pemindahan pengundi khususnya oleh parti pembangkang.

“Sebagai contoh isu pemindahan pengundi apabila banyak kes berkenaan dilakukan oleh parti pembangkang yang mana mereka pindah pengundi mereka daripada kawasan yang mana menang dengan besar kepada kewasan yang mereka kalah.

“Contohnya mereka pindah pengundi mereka daripada Parlimen Batu Gajah, Parlimen Ipoh Timur kepada Parlimen Tambun. Malah kawasan saya sendiri pun dikesan kes pemindahan pengundi yang berlaku yang tidak masuk akal seperti pemindahan pengundi kaum Cina kepada kampung tradisi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di siin, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menegaskan pergerakan itu sama sekali tidak berniat untuk bertembung dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti pembangkang yang akan mengadakan perhimpunan BERSIH pada hari tersebut.

“Perhimpunan kita pada hari tersebut dengan tujuan untuk bersama SPR memperbaiki sistem sedia ada dan kita sokong usaha SPR. Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa kita telah pun ada perbincangan awal dengan SPR tentang bagaimana kita dapat perbaiki lagi sistem ini dan ada beberapa perkara yang perlu kita sampaikan kepada pengetahuan Yang Dipertuan Agong.

“Manakala satu lagi himpunan yang diadakan pada hari yang sama dianggap bukan bertujuan untuk baiki sistem tetapi tujuannya untuk politikkan isu ini untuk mencari kesalahan kerajaan dan SPR dan untuk berkonfrontasi dengan kerajaan,” katanya .

Khairy seterusnya menambah, pihaknya bersimpati dengan pihak-pihak tertentu termasuk peniaga kecil dan sebagainya yang akan terkena tempias ekoran perhimpunan pada hari berkenaan.

“Kita masih bersimpati dengan mereka tetapi akhirnya kita dapati walau pun kita terus buat laporan Polis, tetapi kita nampak pihak pembangkang masih lagi berdegil untuk adakan demonstrasi mereka.

“Jadi kita buat keputusan kalau sekiranya mereka terus buat demonstrasi walaupun banyak suara yang pertahankan peniaga kecil dan sebagainya, alang-alang mereka demonstrasi dan kita nampak bahawa mereka tidak endah langsung perasaan peniaga kecil maka kita tidak ada pilihan lain maka kita buat pada hari yang sama.

“Kita nak tunjuk bahawa suara rakyat ini bukan hanya dimonopolikan oleh pembangkang tetapi melihat peranan yang konstruktif boleh juga dibawa oleh Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Kita setuju dengan kebebasan bersuara, kita setuju dengan kebebasan berdemo jadi kita pun buat benda yang sama.

“Pihak kami akan mengadakan perjumpaan dengan pihak Polis dan jika permit tidak diberikan, kita akan tetap teruskan, tetapi kita akan minta Polis bagi laluan terbaik supaya kita dapat kurangkan gangguan kesesakan jalan raya, gangguan kepada peniaga dan sebagaianya. Itu adalah keutamaan kita dan kita akan buat dengan tertib,” katanya. -MediaUMNO






ARKIB : 14/06/2011

Perkasa gerak ahli halang Bersih

KUALA LUMPUR 13 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menggerakkan semua ahlinya dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghalang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai depan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) bagaimanapun berkata, Perkasa tidak akan meneruskan hasrat itu sekiranya Bersih mengadakan perhimpunan itu di tempat yang lebih selamat dan bukannya di tempat awam.

Menurutnya, perhimpunan itu seharusnya diadakan di tempat yang selamat seperti di stadium dan bukannya di jalan raya kerana ia akan merugikan negara dan mengancam keselamatan nyawa.

“Sangat jelas saya akan berada di sana nanti sekiranya mereka tetap mengadakan perhimpunan itu dan akan berlaku pertembungan.

“Kehadiran Perkasa adalah untuk pertahankan keselamatan negara dan bukannya untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kita mahu menghalang perhimpunan itu daripada terus berlaku,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu Ibrahim berkata, Perkasa akan menganjurkan perbincangan meja bulat bersama 30 NGO Melayu malam esok yang antara lain turut membincangkan mengenai perhimpunan Bersih.

Katanya, perjumpaan itu akan membincangkan mengenai kesan-kesan yang akan dihadapi terutama dari aspek keselamatan, ekonomi dan pelancongan kepada negara.

“Perkasa telah membuat ketetapan bahawa kita akan menentang perhimpunan ini habis-habisan,” katanya.

Sementara itu Ibrahim berkata, beliau sedia disiasat pihak berkuasa sekiranya pembangkang tetap mahu tindakan diambil terhadapnya atas alasan keselamatan.

“Saya juga bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat ini berlangsung,” katanya.








Why Is Perkasa Against Bersih?


By Kee Thuan Chye | 14 June 2011
Malaysian Digest

MANY people have come to regard Ibrahim Ali as a clown, including Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz. One hopes Ibrahim was just talking like a clown when he recently announced that his organization, Perkasa, would oppose the planned Bersih 2.0 rally on July 9 by staging a counter-demonstration. “That means,” as he himself says, “on that day, there will be confrontation.”

This is militant talk. This is a threat to cause violence. And to add fuel to it, Ibrahim has pledged that in the event of a clash, “I will fight to the end”.

But why would Perkasa want to oppose the Bersih 2.0 rally? The rally has nothing to do with race – it is not demonstrating against Malay supremacy, which Perkasa was set up to defend. The rally is calling for electoral and institutional reform. It is calling for the electoral roll to be cleaned up, postal voting to be reformed, indelible ink to be used at elections, all political parties to be given free and fair access to the media, automatic voter registration, a minimum of 21 days for the campaign period, the strengthening of public institutions, a stop to corruption, and a stop to dirty politics.

Is Perkasa against free and fair elections? Is it against calling for a stop to corruption?

Ibrahim explains: A big demonstration like the Bersih rally, which expects to draw about 100,000 protestors, will cause chaos. It could be like the protests in the Middle East.

Ibrahim thinks people will throw stones, burn cars, and injuries will result like in Tunisia.

History has shown that this was not the case during the last Bersih rally in 2007. About 40,000 people were estimated to have taken part then, but it was an entirely peaceful rally, except when the police fired water cannons and hurled tear gas at the protestors. No one was out to throw stones or burn cars.

This time around, the rally is expected to be peaceful as well, aimed at creating awareness among Malaysians of the need for electoral reform. If no one intervened, including the police, if the permit was granted and the police kept vigil merely to pre-empt untoward incidents, there should be no harm done.

So, what Ibrahim has predicted is unfounded. Besides, his reference to Tunisia is ironic. The protests there actually brought down an unpopular and repressive regime. Is such a positive cause, like Bersih 2.0’s, to be spoken of in negative terms?

In fact, what will cause chaos is the clash that could result if Perkasa and the other NGOs he proposes to co-opt take to the streets at the same time to oppose the Bersih 2.0 rally. What he is proposing to do is the real danger. But Ibrahim knows he can get away with expressing it because he has always been untouched in the past. Many have been the times when he said things that could have caused him to be charged with sedition, but never has he been called to account for them. Last month, he said he would launch a jihad against Malaysian Christians if they tried to usurp the position of Islam, and before that, he had said other things that incited hatred against non-Malays.

It may be that the Government takes no action against him because it considers him a clown, or even a paper tiger. Or it may be that he is actually helping the Government by opposing the Bersih 2.0 rally because the ruling party seemingly does not endorse the idea of free and fair elections. After all, the 2007 rally was partly instrumental in its loss of its two-thirds majority. The ruling party would no doubt be worried that another such rally could dim its prospects at the next general election.

Whatever the reason or reasons, in the context of Ibrahim’s current pronouncement, it looks bad for the Government. Speculation has already been rife that Perkasa is actually affiliated to Umno, that it is the organization to which Umno has outsourced the job of defending Ketuanan Melayu so that Umno is not seen to be racist; now, with Perkasa going outside of its prescribed agenda and raison d’etre as an organization to oppose Bersih 2.0, it appears to be another Government stooge.

In politics, perception often takes ascendancy over reality, so even if is not true that Perkasa is affiliated to Umno, the perception that it is has now been confirmed.

Ibrahim says he is stopping the Bersih 2.0 rally in the name of democracy. This is based on his reasoning that “there are people who do not agree with this rally”. Well, fine. The people who do not agree have a right to express it publicly too. But by the same token, Bersih 2.0 has a right to stage its rally, so stopping it is actually anti-democratic.

He reportedly goes on to say that he is not worried by the expected Bersih 2.0 turnout of 100,000 people because most Malaysians will not accept the movement’s demands. If he’s not worried, then why bother to oppose it? He reasons that since Malaysia has a population of 27 million people, even if Bersih 2.0 were to bring 300,000 to the rally, there would still be 26 million plus who would not agree with it. His mathematics is okay, but his reasoning is clearly faulty and hopelessly warped.

Nazri may be right after all in calling Ibrahim Ali a clown. But even so, if there is a movement going on to campaign for reform, clowns should not be allowed to spoil the party. Especially if they are clowns who might start an unwanted fire.