maka betul dan benarkah kata orang sebegini?
puasa orang miskin - dah terbiasa.. sepanjang tahun.. makan lebih kurang
puasa orang senang - dah terbiasa.. sepanjang masa.. banyak penyakit perlu berpantang
puasa orang ada tujuan - membersih diri zahir batin tanpa halangan
Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Rabu
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1.
Pada 3 Ogos lepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan Selasa untuk melihat anak bulan serta menetapkan beberapa tempat untuk tujuan tersebut termasuk di Menara Kuala Lumpur.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
-- BERNAMA