Saturday, August 28, 2010

:: Pehin Seri Abdul Taib Mahmud akan bincang





Majlis Pemimpin Bersama Rakyat... di Kpg. Pichin, Serian.

27 Ogos, 2010 22:55 PM

Najib Akan Bincang Hati Ke Hati Dengan Taib Mahmud Mengenai Hasrat Berundur

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincangan terperinci dengan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung hasrat Ketua Menteri Sarawak itu untuk berundur daripada jawatan politik.

Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sebarang keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan semangat setiakawan antara BN dan PBB.

Katanya PBB merupakan rakan setia BN yang telah menyumbang kepada kejayaan BN di Sarawak dan tunggak kerajaan BN negeri itu.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dari hati ke hati dengan Ketua Menteri Sarawak itu sebelum sebarang keputusan dibuat, katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno di sini.

Baru-baru ini, pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

Taib yang menjadi presiden PBB sejak 1981 dan pengerusi BN Sarawak dilaporkan berkata, beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.


-- BERNAMA