Tuesday, August 10, 2010

:: Pilihanraya Sarawak 2010...semakin hampir?



KM ke luar negara mungkin cari ilham



KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar tidak menolak kemungkinan percutian Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ke luar negara adalah untuk mencari ilham bagi pembubaran DUN.

Mohamad Asfia

Mohamad Asfia

“Ada kemungkinan,” itu jawabnya kepada pemberita apabila ditanya mungkinkah percutian Ketua Menteri ke luar negara untuk mencari inspirasi bagi membubar DUN.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Barisan Nasional (BN) ‘Undang-undang Pilihan Raya’ di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai per-kara itu.

Pembubaran DUN katanya hanya akan dilakukan Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sebelum dimaklumkan kepada beliau selaku Speaker DUN yang kemudiannya dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri untuk menentukan tarikh pembubaran DUN.

“Itu prosedur yang lazim… penggal DUN akan tamat pada Julai tahun depan,” jelasnya.

Ditanya mengenai Seminar BN ‘Undang-undang Pilihan Raya’, Asfia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata ia diadakan bagi memaklum dan menerangkan mengenai pindaan drastik undang-undang pilihan raya negara.

Beliau berkata objektif utama penganjuran seminar yang julung kalinya diadakan itu ialah mewujudkan forum kepada semua peguam BN untuk membolehkan mereka berkongsi idea dan kepakaran mengenai undang-undang pilihan raya yang telah dipinda seterusnya diperjelaskan kepada calon BN.

Menerusi seminar merangkap forum itu katanya, strategi kepada pendekatan lazim pilihan raya dapat disusun.

“Forum ini menyediakan landasan kepada semua peguam BN daripada parti komponen BN Negeri berbincang sekali gus menyusun pendekatan strategi pilihan raya bermula hari penamaan calon, kempen pilihan raya dan selepas kempen.

“Dengan cara ini para calon kita akan lebih memahami undang-undang pilihan raya dan jika perlu memilih panel daripada kalangan peguam BN,” jelasnya.

Seminar disertai 60 peserta itu juga katanya, akan menyediakan BN menghadapi pro-paganda hiperbolik (melampau) pembangkang yang cenderung memberi persepsi negatif kepada rakyat.

Beliau memberitahu seminar itu dilihat amat berguna dan beberapa hasil rundingan akan dipertimbang untuk dibentangkan kepada BN Negeri seterusnya diserahkan kepada SPR.

Asfia berkata misalnya Seksyen 27 dan Seksyen 27 (a) Akta Polis bagi mendapatkan permit mengadakan kempen di rumah persendirian dan tempat awam.

Selain itu katanya pindaan undang-undang pilihan raya menyebut parti politik tidak lagi dibenarkan membina pondok atau khemah pilihan raya melainkan ditubuh oleh SPR.

“Parti politik juga tidak boleh menunjuk atau mengibar bendera yang memaparkan simbol parti politik pada jarak 50 meter dari pusat membuang undi.

“Pengiraan semula undi dan kotak undi hanya boleh dibuka semua di pusat pengiraan di konstituensi masing-ma-sing atau di pusat pengiraan undi yang kecil,” jelasnya.

“Pusat pengiraan utama hanya boleh digunakan sebagai tempat pengiraan semula keseluruhan membabitkan banyak stesen mengundi,” tambahnya.

Menerusi cara ini katanya petisyen pilihan raya tidak hanya akan menjadi hak eks-klusif satu pihak.