Wednesday, June 18, 2008

:: Telur penyu diseludup masuk



telur penyu yang dirampas ketika diseludupkan masuk ke negara ini. Seorang lelaki tempatan ditahan tetapi lelaki warga asing berjaya melarikan diri.

Selasa, 17 Jun 2008

Lebih 8,500 telur penyu dirampas
Oleh Mohd Asyramisyanie Kamis


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Seorang lelaki tempatan hari ini diberkas sebaik tiba di Jeti Kubah Maulana Jalan Residency ketika mendaratkan masuk telur penyu daripada penyeludup warga asing.

Kira-kira 8,500 biji telur penyu yang dimasukkan ke dalam 11 biji kotak polistirena dirampas daripada lelaki yang mengaku separuh daripada telur penyu itu kepunyaannya.

Operasi itu dilancarkan bersama oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei bersama Badan Kawalan Makanan Import Halal.

Namun penyeludup yang disyaki warga asing itu berjaya melarikan diri menggunakan perahu, kata jurucakap Jabatan Kastam.

Lelaki tempatan yang diberkas diikat jamin dan perkara itu akan disiasat pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Telur penyu adalah barangan terkawal di bawah akta Perlindungan Hidupan Liar Bab 102, Seksyen 8(1) dan di bawah Perintah Kastam 2006, Bab 140.