Semalam... 2 Jun... kami berempat ke Betong... bersama MakNgah... Angah dan Acik untuk menjemput Anjang di Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem Bukit Saban. Agak lewat sedikit bertolak ke sana... dan dengan perjalanan kira2 3 jam memandu perlahan... kami tiba sekitar jam 1.00 tengahari. Sepatutnya Anjang tamat kursusnya pada 6 Jun ini... namun dengan adanya temuduga yang bakal diadakan pada 4 Jun di Urusetia BPG Kuching... dan dengan menggunakan surat tawaran menghadiri temuduga itu maka dapatlah kami membawa Anjang balik terus mulai semalam... tanpa perlu menghantar semula ke Pusat Latihan tersebut selepas selesainya temuduga nanti.
Pihak urusetia PLKN di Kem Bukit Saban telah membantu memudahkan urusan. Baju celoreng dan kasut dikembalikan... dan dengan melengkapisikan borang2 tertentu di bilik urusetia... semuanya berjalan lancar.
Oleh sebab kami memaklumkan awal kepada Anjang segala tindakan yang perlu dibuat sebelum kami ke sana... semuanya lancar dan licin saja. Apabila kami tiba di Pusat latihan tuu... Anjang dah bersedia dengan beg pakaiannya dengan iringan rakan2 kumpulan Bravonya... membantu membawa barangan Anjang... menghantar hingga ke pintu utama PLKN tersebut. Sempat juga mereka bergambar di beberapa lokasi di sekitar dewan dan pintu utama... sebagai kenangan setelah bergaul mesra selama 3 bulan... dan kata2 rakannya... "ilek lok Ahmad... ilek lok..." sentiasa terucap di bibir mereka sepanjang kira2 30 minit kami berada di sana... dan tentulah kata2 itu punya makna tersendiri di kalangan mereka...
Singgah berehat dan makan tengahari di Pusat R & R Betong... berhampiran stesyen minyak Petronas... akhirnya kami meneruskan perjalanan balik ke Kuching... namun singgah sebentar melihat perkembangan kerja2 pengubahsuaian rumah di APT Garden... dan akhirnya tiba di Tabuan Jaya apabila maghrib hampir menjelang...
Mengimbau kembali kenangan ketika di kem tersebut... sekumpulan peserta lelaki sedang digondolkan kepala... mesti berambut pendek walaupun masih kelihatan pendek rambut mereka ketika itu... kelihatannya mereka enjoy dengan keadaan tersebut... masing2 semacam menonton upacara memendekkan rambut... dan oleh kerana cuti sempena Hari Gawai Dayak pada 1 - 3 Jun... maka ramailah peserta yang balik ke rumah masing2... dan tiadalah aktiviti rasmi di kem tersebut sepanjang tempoh tersebut sebagaimana yang diceritakan oleh pihak urusetia PLKN kepada PakNgah ketika berbual2 di bilik urusetia...