Sunday, June 01, 2008

:: Along: Selamat bertunang

Biasanya pada tanggal 1 jun... adalah Hari Gawai Dayak bagi kaum Dayak... merupakan hari cuti umum... yang jatuh pada hari Ahad menjadikan hari berikutnya juga adalah hari cuti umum... namun surat daripada Setiusaha Kerajaan Negeri Sarawak telah menambah gembirakan lagi apabila telah melanjutkan tempoh bercuti sehingga kepada 3 Jun... dan tarikh2 tersebut merupakan hari yang jatuhnya di dalam tempoh2 hari cuti penggal persekolahan...
Sebagaimana rancangan awal... 1 Jun 2008 memberi makna kepada Along... hari bertunangnya... iaitu hari yang penuh bermakna bagi setiap orang gadis... iaitu hari yang merupakan suatu detik akan bermulanya suatu langkah awal ke arah alam berumah tangga... suatu alam yang banyak menuntut rasa kebertanggungjawaban yang sedikit berbeza dari alam kegadisannya... dan termaterilah ikatan tersebut pada 1 Jun 2008 mulai jam 3.00 petang... alhamdulillah...