Thursday, June 05, 2008

:: Perak terlepas: Saya cukup malu


Tajol perjelas sebab diam
Oleh Shamsul Kamal Amarudin

SUNGAI SIPUT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata beliau mendiamkan diri lebih dua bulan selepas pilihan raya umum Mac lalu kerana amat malu dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) di Perak. "Kenapa saya diam? Sebab saya cukup malu... ketika Perikatan kalah di Perak pada pilihan raya 1969, bapa saya (Tan Sri Ghazali Jawi) ditugaskan merampas semula kedudukan itu dan berjaya melakukannya sebelum dilantik Menteri Besar. "Tetapi, kini Perak terlepas daripada BN di bawah kepemimpinan saya. Jadi, apa saja saya cakap nanti (selepas kalah), orang akan memperlekehkannya," katanya pada Majlis Kesyukuran BN Sungai Siput dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lintang, Datuk Ahamad Fakeh Adam di sini, semalam.