Saturday, June 28, 2008
:: Eagle 150B terhempas
Thursday, June 26, 2008
:: Bersara dan persaraan
BARU-baru ini, para penjawat dalam sektor perkhidmatan awam diberi pilihan untuk umur persaraan iaitu sama ada memilih umur 55, 56 atau 58 tahun. Ada yang membuat pilihan yang pertama dan juga pilihan kedua serta tidak kurang juga yang berminat untuk pilihan yang ketiga. Walau bagaimanapun, setiap mereka ada alasan yang tersendiri kenapa berbuat demikian.
Pelbagai faktor diambil kira sebelum membuat keputusan ini. Antaranya ialah faktor kesihatan, keluarga, kerjaya dan keadaan semasa. Dari segi kesihatan, seseorang yang ingin meneruskan perkhidmatannya dengan cemerlang perlu memiliki tahap kecergasan yang tinggi. Ini sudah tentunya menuntut seseorang penjawat tersebut menjaga kesihatannya sejak dari mula lagi.
Bagi yang mengutamakan keluarga pula, mereka memilih untuk bersara awal kerana ingin bersama pasangan atau anak-anak atau cucu. Masa persaraan akan digunakan sebaik mungkin untuk melakukan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga tercinta.
Jika semasa perkhidmatan, seorang penjawat awam mungkin banyak menghabiskan masanya bekerja di luar pejabat seperti menghadiri kursus, mesyuarat dan lain-lain. Sehubungan itu masa persaraan adalah masa terbaik untuk menggantikan masa yang terlepas tersebut.
Berlainan pula bagi mereka yang masih bersemangat dan begitu yakin dapat meneruskan usaha untuk mengejar pangkat dan cita-cita. Tambahan masa dua tahun lagi selepas 56 tahun diharapkan dapat dijadikan suatu peluang untuk kenaikan pangkat seperti yang diimpikan selama ini.
Dalam hal ini, seseorang itu perlu melakukan dua perkara utama. Pertama, sentiasa bersyukur dan kedua, selalu berdoa ke hadrat Allah SWT. Kita wajib bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.
Jika kita bandingkan diri kita yang masih bernafas ini dengan saudara kita yang telah meninggalkan kita, kita dikira masih bernasib baik. Ini kerana kita masih berpeluang beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan.
Selagi kita hidup, pintu taubat masih terbuka dan keampunan dan rahmat Allah masih memayungi kita semua. Sehubungan itu, marilah kita berdoa agar kita dianugerahkan umur yang panjang dan sihat tubuh badan untuk memudahkan kita beribadat dengan sempurna dan selesa.
Dalam kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan ‘Selamat Bersara’ kepada seorang tokoh dalam bidang pendidikan di negara ini. Beliau adalah Kharuddin Zakaria yang akan memulakan hari persaraannya pada hari ini iaitu 26 Jun. Jawatan terakhir beliau ialah Pengarah Institut Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Sebelum itu, beliau adalah guru cemerlang dan pensyarah cemerlang.
Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya dan pemegang ijazah sarjana dari salah sebuah universiti di Amerika Syarikat mula berkhidmat sejak akhir 70-an. Beliau mula dikenali ramai ketika bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Kolej Islam Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah).
Sebagai bekas pelajar Kolej Islam yang mendapat didikan agama yang mendalam, beliau tidak menghadapi banyak masalah berhadapan dengan kerenah pelajar kolej tersebut. Nama beliau begitu sinonim dengan Alumni Kolej Islam (ALKIS). Sebut sahaja Cikgu Kharuddin, atau panggilan mesra di kalangan pelajar (Cikgu Din), maka semua pelajar ketika itu begitu takut dan segan kerana ketegasan beliau menjalankan tugas sebagai warden dan guru disiplin.
Hasil ketegasan beliau, hari ini rata-rata pelajar bekas Kolej Islam kini boleh dikatakan terdiri daripada kalangan orang-orang yang berjaya sama ada dari sudut kerjaya mahupun akhlak. Kini, di hari persaraannya beliau boleh berbangga dengan ramai anak didiknya yang telah menjawat jawatan tinggi dalam politik tanah air, sektor awam, swasta dan usahawan yang berjaya.
Dalam hal ini, penulis sebenarnya banyak memperoleh sesuatu yang berharga daripada didikan beliau. Semasa di Kolej Islam pada tahun 1985 dan 1986, beliau adalah guru penasihat pasukan debat kolej yang mengajar penulis bagaimana berhujah dengan meyakinkan. Di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban, pada tahun lepas, beliau sebagai pengarah, sempat memberi tunjuk ajar bagaimana menjadi seorang pendidik yang cemerlang.
Lantaran itu tidak hairan jika beliau dianugerahkan sebagai tokoh penyelidik Institut Pendidikan Guru Malaysia pada 2007. Semoga selepas ini, beliau akan terus menabur bakti melalui cara lain yang beliau impikan selama ini.
Sehubungan itu, apabila berbicara berkaitan hari-hari persaraan ataupun hari-hari semasa berkhidmat, mahu tidak mahu ia masih lagi berkisar tentang hari yang tujuh. Setiap insan yang sudah memiliki nama sebenarnya memiliki usia yang sama. Tiada beza usia sesama kita walaupun ada di kalangan kita dikatakan berumur 30, 58, 80 tahun mahupun 100 tahun. Kita semua sebenarnya baru berusia tujuh hari! Mana ada orang yang berusia lebih tujuh hari, melainkan semuanya tujuh hari sahaja iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.
:: Minyak jarak dan "egusi melon"... alternatif ?
Seluruh dunia terdesak cari alternatif minyak
APABILA harga minyak melambung tinggi dan membebankan tanggungan kewangan, ramai mengimpikan bahan api alternatif yang murah. Seluruh pelusuk dunia kini terdesak mencari alternatif minyak yang kosnya rendah dan selamat bagi mengurangkan kebergantungan terhadap minyak.
Benar, negara ini juga mengeluarkan minyak, namun kenyataan itu tidak menjamin rakyat negara ini untuk terus dilindungi daripada harga pasaran dunia yang tinggi melambung. Rizab minyak Malaysia tidaklah sebanyak mana berbanding negara anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) kerana keperluan rakyat negara ini melebihi had yang ada.
Boleh dikatakan rakyat di setiap pelusuk dunia termasuk Malaysia 'panik' dalam situasi kini yang semakin mendesak dengan ekonomi dunia yang rapuh diikuti bekalan minyak dunia yang berkurangan. Itu belum lagi difikirkan kesan terhadap kenaikan bahan api yang pasti akan menjejaskan sektor pengangkutan awam, harga barang makanan dan secara keseluruhannya kenaikan kos sara hidup akan terus meningkat.
Penyelesaian tangani krisis
Hanya satu penyelesaian yang ada bagi menangani krisis kenaikan harga minyak iaitu mencari alternatif dalam menggantikan bahan api utama dunia itu dengan kadar segera dalam bentuk yang lebih murah dan tidak mencemarkan alam. Tekanan yang ada itu menimbulkan idea dalam melopori penggunaan biodiesel dan sudah pun dimulakan kerajaan hari ini bagaimanapun pembangunan biodiesel dalam negara masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan disegerakan.
Bahan makanan seperti kelapa sawit, jagung dan soya yang dijadikan minyak pula dikenalpasti antara sumber alternatif yang dikomersialkan sebagai bahan biodiesel baru. Masalah baru pula muncul apabila penggunaan minyak sayuran ini menyebabkan harganya turut meningkat dan seluruh dunia bercanggah terhadap kegunaannya sebagai bahan bakar atau makanan. Di sinilah timbulnya idea bagi para penyelidik untuk terus mencari bahan mentah yang tidak boleh dimakan bagi sumber baru biodiesel mahupun minyak petrol. Biji pokok jarak pagar atau Jatropha Curcas, yang pernah digunakan sebagai bahan bakar untuk pesawat Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua adalah antara alternatif yang berpotensi untuk dikomersialkan sebagai bahan biodiesel yang lebih mesra alam.
Penggunaan minyak jarak
Penggunaan minyak jarak sebagai sumber bahan mentah bagi pengeluaran biodiesel negara pada masa depan mungkin baru di negara ini tetapi para penyelidik dari negara lain sudah lama menemui kegunaan pokok itu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bionas Zurina Amnan berkata daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) penggunaan pokok jarak, Malaysia masih baru dan ketinggalan 12 tahun daripada negara lain seperti India dan Thai.
"Biarpun kita masih baru tetapi negara ini mempunyai kelebihan apabila dikurniakan iklim tropika dan tidak mempunyai musim sejuk. Kita boleh menanam pokok ini dan menjadikan projek ini tanaman besar-besaran," katanya.
Beliau berkata negara maju sudah lama mengenal pasti pokok jarak sebagai satu daripada sumber biodiesel tetapi mereka tidak mempunyai sumber tanaman sendiri.
"Di negara luar, penggunaan biodiesel dan biofuel sudah biasa digunakan dan kebanyakan negara maju mengaplikasikan polisi B5 dengan mewajibkan lima peratus biofuel dicampur dengan diesel," katanya.
Zurina berkata Bionas Malaysia kini bergiat aktif menjelajah ke seluruh negara bagi menggalakkan pemilik tanah terutama di kawasan pedalaman supaya melibatkan diri dengan projek tanaman jarak yang menjanjikan pendapatan hasil dan ekonomi masa depan yang cerah. Katanya Bionas memberi jaminan dengan membeli balik buah jarak kepada peserta projek dengan harga RM850 setan metrik biarpun harga di pasaran ialah RM500 bagi satu tan metrik.
Penggunaan biji buah 'egusi melon'
Satu lagi penemuan yang lebih praktikal dan sedang dikaji ialah penggunaan biji buah (kuaci) 'egusi melon' yang banyak ditanam di negara benua Afrika berpotensi menjadi alternatif baru kepada penghasilan minyak petrol dan diesel. Ketua Laboratori Tenaga Boleh Diperbaharui dan Alternatif (AREL) dari Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Ir. Dr. Nor Mariah Adam berkata sejak penemuannya itu pada November lepas, tidak ada lagi syarikat tempatan yang tampil untuk melakukan kerjasama.
"Macam biasa, susah kalau nak harapkan syarikat tempatan untuk bekerjasama dalam mengkaji penemuan baru tetapi saya banyak menerima beberapa tawaran daripada luar negara yang sudi memberikan minyak egusi melon untuk dikaji," katanya.
Beliau yang kini dalam usaha untuk mempatenkan penemuannya itu berkata biarpun egusi melon tidak ditanam di negara ini, tetapi pokok yang berasal dari keluarga tembikai itu sesuai dengan iklim Malaysia dan mudah ditanam di semua jenis tanah.
Zurina pula yang masih dalam proses menguji minyak egusi melon itu ke dalam enjin kenderaan, menjelaskan bahawa saiz karburator kenderaan perlu diubahsuai terlebih dahulu manakala diesel tidak memerlukan transformasi enjin dengan penggunaan minyak egusi melon.
"Sekarang ini saya perlu bertungkus-lumus menyegerakan penyelidikan buah ini kerana harga minyak yang semakin meningkat. Saya harap penemuan ini dapat memberi alternatif terbaik kepada minyak petrol," katanya.
Biarpun kita masih baru tetapi negara ini mempunyai kelebihan apabila dikurniakan iklim tropika dan tidak mempunyai musim sejuk. Kita boleh menanam pokok ini dan menjadikan projek ini tanaman besar-besaran," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut tentang buah egusi melon, Zurina berkata tanaman itu dapat dituai dalam masa tiga bulan sahaja dan hasil tanaman egusi melon sebanyak satu hektar menyamai tuaian kelapa sawit.
"Bagi saya berbanding pokok japutra, egusi melon merupakan pilihan yang lebih baik untuk dijadikan minyak petrol dan diesel kerana sifatnya lebih ringan, proses pemprosesan minyaknya lebih mudah dan ekonomik berbanding minyak sawit dan jotropa," katanya.
Beliau berkata penemuan kali pertama di dunia itu dijangka dapat mengurangkan kos petrol sebanyak 20 peratus dan diesel 10 peratus, malah jurangnya lebih ketara jika harga bahan api itu meningkat.
Egusi melon atau nama saintifiknya `Colocynthis Citrullus Lanatus' merupakan satu daripada 300 spesies keluarga melon yang terdapat di kawasan tropika Afrika dan mempunyai fizikal biji yang sama seperti tembikai dengan saiznya yang kecil dan isinya berwarna kelabu. BERNAMA
Wednesday, June 25, 2008
:: Kisah gincu dan kasut bertumit tinggi
Bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi tidak dilarang kepada pekerja Islam, jelas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Etika berpakaian itu hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awamnya Azman Mohd Daham hari ini.
Tuesday, June 24, 2008
:: Sukarkah mendapat calon suami ?
Pangkat tinggi punca susah cari calon suami
Oleh Halina Mohd Noor
“Memang benar wanita perlu berhati-hati memilih suami. Mereka perlu selidik dulu. Tidak salah jika wanita berkedudukan tinggi berbanding lelaki asalkan mereka saling memahami antara satu sama lain. Apa yang penting, perlu ada kepercayaan dan kejujuran. “Dalam soal ini, kita perlu berbalik kepada Allah. Masalahnya lelaki terlalu ego untuk menerima wanita berjawatan tinggi daripada mereka. Mereka mungkin takut kena kawal. Itulah sebabnya mereka susah menerima wanita lebih berjaya,” katanya. Beliau berkata, tidak salah wanita berusaha mencari calon suami asalkan ia tidak memberikan kesan buruk kepadanya.
Sekadar suka-suka, beliau mengakui ada juga melayari laman web untuk mencari sahabat seperti yang dilakukan rakan sekerjanya pada waktu lapang. Cara itu berjaya menemukannya dengan seseorang yang dianggap istimewa sejak beberapa tahun lalu. “Mengenali seseorang melalui internet boleh mendedahkan kita dengan bahaya. Itulah sebabnya saya perlu berhati-hati dan hanya yakin untuk bertemu dengannya selepas beberapa bulan berkenalan. Setakat ini kami berkawan rapat dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.
:: Keranamu Minyak... gimik atau protes ?
Protes kenaikan harga minyak
BERBASIKAL TANDA PROTES... Empat anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat mengayuh basikal dari Bank Negara ke Bangunan Parlimen hari ini bagi melahirkan protes mereka terhadap kenaikan harga minyak baru-baru ini. Dari kanan adalah N. Gobalakrishnan (Padang Serai), Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru), Hee Loy Siang (Petaling Jaya Selatan) dan Chua Tian Chan (Batu).
Monday, June 23, 2008
:: Penerbangan Diraja Brunei... surcaj naik
RBA naikkan kadar surcaj mulai 1 Julai
Oleh Ak Fairol RMF
Senarai destinasi dari Bandar Seri Begawan yang dikenakan surcaj tambahan ialah Kota Kinabalu dan Kuching $35 sehala, Bangkok, Singapura, Kuala Lumpur, Manila, Jakarta Surabaya dan Ho Chi Minh $70 sehala, Hong Kong $85 sehala, Perth dan Brisbane $120, Auckland $160, Brisbane ke Auckland $120 sehala. Manakala Dubbai dan Jeddah, Dubai ke London dikenakan surcaj $140 sehala, London pula $195 sehala.
Sunday, June 22, 2008
:: SAPP... surat tunjuk sebab ?
Undi tidak percaya: BN beri SAPP surat tunjuk sebab?
(Mutakhir) PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan pendekatan lebih tegas kali ini - mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Parti Maju Sabah (SAPP), yang semalam meluluskan pendirian parti itu untuk membawa usul tidak percaya ke atas kepimpinan Perdana Menteri di Dewan Rakyat Isnin ini.
Usul tidak yakin: Najib harap komponen BN lain tidak ikut SAPP
Nazri beri jaminan tiada usul undi tidak percaya Isnin ini
Sabah serah BN ambil tindakan terhadap SAPP
DAP percaya usul tidak yakin dibahas Isnin ini
Anwar tawar jawatan TPM kepada Teck Lee?
Yong anggap jawatan Senator, wakil khas sogokan politik
Tindakan BPR satu ugutan SAPP berkompormi - Yong
:: SAPP... usul tidak percaya ?
:: Cerita Altantuya lagi... betulkah?
Wednesday, June 18, 2008
:: Telur penyu diseludup masuk
Selasa, 17 Jun 2008
Lebih 8,500 telur penyu dirampas
Oleh Mohd Asyramisyanie Kamis
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Seorang lelaki tempatan hari ini diberkas sebaik tiba di Jeti Kubah Maulana Jalan Residency ketika mendaratkan masuk telur penyu daripada penyeludup warga asing.
Kira-kira 8,500 biji telur penyu yang dimasukkan ke dalam 11 biji kotak polistirena dirampas daripada lelaki yang mengaku separuh daripada telur penyu itu kepunyaannya.
Operasi itu dilancarkan bersama oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei bersama Badan Kawalan Makanan Import Halal.
Namun penyeludup yang disyaki warga asing itu berjaya melarikan diri menggunakan perahu, kata jurucakap Jabatan Kastam.
Lelaki tempatan yang diberkas diikat jamin dan perkara itu akan disiasat pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei sebelum dihadapkan ke mahkamah.
Telur penyu adalah barangan terkawal di bawah akta Perlindungan Hidupan Liar Bab 102, Seksyen 8(1) dan di bawah Perintah Kastam 2006, Bab 140.
:: AUKU dipinda?
Pindaan AUKU perlu disegerakan: Khaled
KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pengajian Tinggi berharap Pejabat Peguam Negara menyegerakan proses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum ia boleh dikemukakan kepada Kabinet. "Kami belum menerima sebarang pindaan atau komen daripada Pejabat Peguam Negara. Bagaimanapun saya harap ia boleh diselesaikan segera. Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, malam tadi.
Tuesday, June 17, 2008
:: Mengundang bahaya
Bila pemandangan sebegini mau berubah?
Seorang pembaca blog ini, kulatlapok.blogspot.com menghantar gambar ini untuk dikongsi bersama. Menurutnya, ini adalah pemandangan biasa di negeri Sabah. Aduhai kesiannya. Harap-harap dengan suasana yang ada sekarang, ia bakal merubah situasi ini ke arah yang lebih baik. (siasah daily)
:: Pasar Gambier... pasar tertua berpindah
Pasar Gambier lengang, peniaga akhirnya pindah ke Pasar Komuniti Stutong
KUCHING: Suasana di Pasar Gambier kelihatan lengang selepas segala operasi perniagaan di situ dihentikan serta-merta semalam. Semua peniaga telah diarah berpindah ke lokasi perniagaan baru, Pasar Komuniti Stutong di Tabuan Laru, dekat sini.
Tinjauan Utusan Borneo di lokasi semalam mendapati beberapa pekerja merobohkan gerai ditinggalkan para peniaga dengan dikawal serta diawasi oleh pegawai-pegawai dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Keadaan Jalan Gambier juga kurang sesak jika dibandingkan dengan keadaan sebelum ini, namun aktiviti membeli-belah di kedai-kedai sepanjang jalan itu masih berjalan seperti biasa.
Sementara itu, tinjauan di Pasar Komuniti Stutong pada hari yang sama mendapati peniaga-peniaga sudah mula berniaga di situ namun masih ada beberapa gerai atau lot perniagaan masih belum beroperasi. Walaupun lokasi itu masih baru namun orang ramai dilihat begitu ghairah mengunjungi pasar baru itu untuk membeli-belah pebagai ke-perluan harian seperti ikan, sayur dan sebagainya. Peniaga-peniaga yang sudah berpindah di Pasar Komuniti Stutong itu adalah peniaga pasar basah seperti peniaga ikan, sayur-sayuran, peniaga runcit dan bermacam-macam jualan hasil hutan.
Pasar Komuniti Stutong menyediakan ruang perniagaan sebanyak 500 gerai bagi menampung jumlah peniaga yang ramai berbanding pasar basah Jalan Gambier yang agak sempit serta kesibukan lalu lintas. Pasar bernilai sekitar RM15 juta itu dibina di atas tanah seluas tujuh ekar dan merupakan yang pertama di Sarawak dilengkapi dengan pelan rawatan sisa buangan berkualiti bagi menjamin kebersihan pasar dan persekitaran.
Isu perpindahan peniaga dari Pasar Gambier ke Pasar Komuniti Stutong bukan suatu yang baru kerana sering ditangguhkan atas beberapa sebab dan ia menjadi kenyataan apabila pasar dua tingkat itu siap sepenuhnya pada April 2007. Biarpun agak jauh dari pusat bandar raya, Pasar Komuniti Stutong dikelilingi kawa-san kediaman dan perumahan yang dilihat mampu menyediakan peluang perniagaan cerah kepada peniaga.
Bulan lalu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman berkata peniaga di Pasar Gambier perlu berpindah ke lokasi baru pada 15 Jun 2008 iaitu semalam sama ada mereka suka atau sebaliknya. Beliau turut memberitahu kerajaan telah berbincang dengan para peniaga terbabit tujuh kali sebelum tamat tempoh perpindahan dikeluarkan pada masa sama memberi tempoh mencukupi untuk mereka berpindah dengan memberi notis sebulan. Menurut beliau, Pasar Gambier akan dirobohkan bagi membolehkan pembinaan Tebingan Kuching dipanjangkan ke Brooke Dockyard bagaimanapun berkata pelan pembangunan selanjutnya di situ belum dapat di-pastikan. Malahan katanya, penutupan Pasar Gambier perlu kerana ia menyumbangkan kepada masalah pencemaran Sungai Sarawak dan bau akibat tiadanya sistem rawatan sisa berkualiti seperti di pasar baru Stutong selain masalah kesesakan teruk di situ.
:: Anwar... cabar kesahihan pemecatannya?
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr. Mahathir.
Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undangundang sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang diPertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr. Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.
Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.
Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.
Pada 23 Dis 1998, Mahkamh Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr. Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr. Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.
Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkausakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undangundang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.
Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah. Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.
Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.
Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi. Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik. BERNAMA
Sunday, June 15, 2008
:: Cerita... BN nak ditinggalkan...?
Saturday, June 14, 2008
:: 'Bigfoot'
Is Big Foot in Sarawak? That’s the question now on everyone's lips following the discovery of a pair of giant footprints in a Melanau village in Daro in the Mukah Division, about three hours by express boat from Sibu.
:: Kementerian Pelajaran... disusun semula
Digabung menjadi tiga sektor diketuai Timbalan Ketua Pengarah
Berikutan penstrukturan semula yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Mac lalu, katanya, peranan semua jabatan berkenaan diserapkan ke dalam sektor baru terbabit mengikut kesesuaian fungsi. Beliau berkata, tiga sektor baru itu ialah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Sektor Operasi Pendidikan serta Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan. "Komponen Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan meliputi Pembangunan Kurikulum, Teknologi Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Buku Teks serta Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).
"Pengisian Sektor Operasi Pendidikan pula mencakupi Pengurusan Sekolah Harian, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Pelajaran Swasta, Teknik dan Vokasional, serta Sukan, Seni dan Kokurikulum. "Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan membabitkan komponen Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki (IAB), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). "Jawatan TKPPM dan ketua bagi setiap komponen dalam tiga sektor berkenaan sudah ada pemangku, berkuat kuasa 1 Jun lalu. Secara keseluruhan, jawatan ketua bagi setiap komponen ialah Pengarah, kecuali Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Rektor IPGM, membabitkan penyandang pada gred Jusa B, Jusa C dan DG54," katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, semalam. Alimuddin berkata, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Haili Dolhan, dinaikkan pangkat sebagai TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan; TKPPM Jabatan Sekolah, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (TKPPM Sektor Operasi Pendidikan); serta Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datin Asariah Mior Shaharuddin (TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).
Bagaimanapun, katanya, empat TKPPM lain dalam struktur sebelum ini terus menerajui komponen Pendidikan Khas, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, serta Sukan, Seni dan Kokurikulum selaku Pengarah. Namun, beliau berkata, proses perbincangan diteruskan bagi menentukan nama lebih sesuai bagi keseluruhan jawatan pegawai kanan (kecuali TKPPM) dalam setiap sektor itu, selain membuat penyusunan kakitangan jabatan terdahulu mengikut kesesuaian fungsi tugas. "Proses itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan. Berbanding struktur terdahulu yang dibuat berdasarkan bidang, langkah pemantapan dan penambahbaikan kali ini adalah mengikut fungsi. Sebagai contoh, semua urusan berkaitan kurikulum diletakkan di bawah komponen Pembangunan Kurikulum, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan. "Sebelum ini, setiap jabatan ada unit kurikulum masing-masing. Justeru, mereka saling tidak mengetahui kurikulum pendidikan jabatan lain. Kini dengan beroperasi dalam satu sektor sama, mereka boleh berbincang dan membuat penambahbaikan bersama, sekali gus mempertingkat keberkesanan pelaksanaan. "Menerusi proses penyusunan kini, ada sektor bakal memperoleh lebih ramai kakitangan dan begitulah sebaliknya tetapi langkah ini tidak membabitkan sebarang pelantikan kakitangan tambahan baru dalam Kementerian Pelajaran," katanya.
:: Demo... jumaat... 13.06.2008
:: Berita baik bagi guru dan pensyarah
PUTRAJAYA: Gred bagi 23,471 pegawai di sektor pendidikan membabitkan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, guru Tingkatan Enam dan guru sekolah menengah yang mempunyai lebih 1,750 murid, dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari lalu. Serentak itu, semua pengetua sekolah menengah Tingkatan Enam dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52 manakala penyelia Tingkatan Enam diberi taraf Penolong Kanan Tingkatan Enam Gred DG48 dan DG44 masing-masing jika sekolah mereka mempunyai 10 kelas atau lebih dan sembilan kelas atau kurang. Kelulusan kerajaan itu juga membabitkan 794 pengetua sekolah Tingkatan Enam bergred DG52 dan 116 pengetua sekolah menengah mempunyai 1,750 murid atau lebih (sekolah enrolmen 1,750) yang kini dikategorikan dalam gred sama.
Berikutan peningkatan gred itu, pelajar Tingkatan Enam akan dijenamakan sebagai mahasiswa dengan guru khusus akan disediakan bagi mengajar mereka, selewat-lewatnya mulai tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian akan menyediakan guru khusus memandangkan sebahagian guru terbabit turut mengajar pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan besar. "Dengan cara itu kita akan ubah sistem pengajaran melalui kuliah, tutorial dan juga cara yang diamalkan di universiti," katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan kerajaan berhubung perkara itu di Kementerian Pelajaran, di sini semalam.
Turut terbabit dalam kenaikan gred itu ialah 158 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk 10 kelas dan atas) bergred DG48 dan 636 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk sembilan kelas ke bawah) bergred DG44 serta 1,039 guru akademik serta kokurikulum bergred DG52, DG48 (3,311) dan DG44 (8,728). Alimuddin berkata, kenaikan gred pensyarah di IAB itu membabitkan sejumlah 757 jawatan iaitu satu untuk kategori DG54, 77 (DG52), 250 (DG48) dan 429 (DG44). Kenaikan gred pensyarah di IPG pula membabitkan 4,772 jawatan iaitu 28 untuk DG54, 584 (DG52), 1,933 (DG48) dan 2,227 (DG44); serta 3,160 jawatan di Kolej Matrikulasi, iaitu 256 untuk DG52, 1,085 (DG48) selain 1,719 (DG44). "Kelulusan terbesar permohonan menerusi Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008 itu membuka peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPRS) di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
"Urusan pengisian jawatan adalah secara berterusan dan bukan secara sekali saja," katanya Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pengumuman yang dibuat Kementerian Pelajaran itu tepat pada masanya selaras usaha meningkatkan profesionalisme perguruan. "Kita berharap Penolong Kanan di sekolah menengah biasa yang bergred A dan B turut dinaikkan ke gred DG48 supaya setaraf guru biasa dan penolong kanan di Tingkatan Enam," katanya
Friday, June 13, 2008
:: Arrest warrant... Prince Jefri
HRH Prince Jefri is enmeshed in long-running legal proceedings over billions of dollars he is alleged to have embezzled while he was Brunei's finance minister.
Jefri, dubbed the "Playboy Prince" for his lavish lifestyle, was due in court Wednesday to face allegations that he violated a court order to hand over three billion pounds (US$5.9 billion) in cash and assets to the Brunei government's investment Arm, Brunei Investment Agency (BIA).
His lawyer, James Lewis, told the High Court hearing that he did not know where his client was, but thought he was in France or Monaco.
"My understanding is that he does not mean to attend these proceedings at all," Lewis said.
Judge Peter Smith issued a warrant for the prince's arrest and warned that he faced jail if he was apprehended.
"If he is arrested it will take an advocate of great skill to persuade me that he should have bail," Smith said.
The scandal became public in 2000 when the Brunei government accused Prince Jefri of embezzling nearly US$16 billion while he was finance minister between 1986 and 1998.
Prince Jefri reached an out-of-court settlement with the government in 2000, agreeing to pay back the money he allegedly used to buy hotels and other expensive assets.
But the Brunei Investment Agency, formerly headed by Prince Jefri, launched court proceedings in 2004, saying the Prince had not transferred ownership of five US and European properties - including the New York Palace Hotel and the Hotel Bel-Air in Los Angeles - and a trust fund as required by the settlement.
Last year a British court ordered him to hand over the disputed assets. Prince Jefri, 53, left Brunei in 2004 and has mainly lived in London, where he owns St John's Lodge, one of the city's most lavish homes. Prince Jefri has denied any wrongdoing, saying he had the authority to use state funds.
:: Mahathir... tindakannya nampak gagal ?
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu keluar Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau "nampak gagal" dalam perjuangannya yang terbaru, tetapi tindakan ke atas beliau oleh kepimpinan parti akan membawa kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
:: Crock hunt... Sg Skrang
:: Sekolah kluster ditambah
PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu. ... Berita Penuh
:: Mahathir bersedia ditangkap ?
Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia disiasat berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh, berhubung dakwaan beliau pernah mengugut melucutkan jawatan hakim yang tidak menyebelahi kerajaan, 11 tahun lalu. [selanjutnya+]
:: Psikologi manusia ?
Thursday, June 12, 2008
:: Zaid not keen...
By Bernama
» more
:: Kehakiman... betulkah cerita ini ?
:: Justice... treats & indoctrination attempt ?
A High Court judge here revealed that a former prime minister had threatened judges. Justice Datuk Ian H. C. Chin also said he and selected judges were sent to a boot camp to ensure they got the message. Justice Chin said this before hearing an election petition challenging the results of the Sarikei parliamentary seat which was won by a Barisan Nasional candidate by just 51 votes.
:: Gaji... dua kali sebulan ?
PUTRAJAYA 11 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini.... Berita Penuh
:: Bujang Seruai ?
Monday, June 09, 2008
:: IPG... kebanjiran permohonan ?
SEBAGAI orang lama dalam profesion perguruan, saya melihat ‘kebanjiran’ permohonan untuk memasuki institut pendidikan guru (IPG) pada masa ini mengundang kebimbangan mengenai kualiti guru yang bakal dilahirkan nanti hasil lambakan itu. [selanjutnya+]
:: Utusan... petua jimat minyak
Dalam halaman Enjin minggu ini, penulis cuba berkongsi kaedah dan cara yang difikirkan paling efektif, mampu dilaksanakan dan berkesan agar poket tidak terlalu nipis sebelum akhir bulan akibat belian yang terlalu tinggi untuk mengisi perut kenderaan menerusi perubahan sikap dan kemampuan teknologi.
2. Jangan memecut sesuka hati dan mengehadkan kelajuan pada paras had yang ditetapkan sama ada di jalan negeri, persekutuan atau lebuh raya kerana semua maklum mengenai peningkatan revolusi per seminit (rpm) akan menjana kenaikan tahap pembakaran.
3. Kurangkan jumlah barang atau muatan dalam kenderaan agar kenderaan menjadi ringan dan tidak memerlukan bahan bakar yang banyak untuk membolehkannya bergerak serta memastikan angin dalam tayar kenderaan sentiasa berada pada tahap yang optima. Barang-barang seperti buku dan dokumen perniagaan, fail cukai pendapatan, alat memancing, beg golf, komponen alat ganti, surat khabar lama dan segala macam khazanah perlu ditinggalkan di rumah atau di kitar semula sahaja.
4. Kalau boleh kurangkan juga pemasangan penghawa dingin terutama ketika waktu malam yang boleh membantu menjimatkan pembakaran minyak kerana selain menjimatkan minyak, langkah ini turut membantu memelihara alam sekitar menerusi pelepasan karbon.
5. Rancang juga perjalanan anda terutama ketika balik kampung atau pergi bercuti, cuba elakkan pemanduan di kawasan yang sesak, jalan raya yang sedang dalam pembinaan dan berbukit agar masa menjadi lebih singkat dan jimat minyak.
6. Pada masa yang sama, kurangkan komitmen untuk memandu dengan memilih untuk berjalan ke destinasi yang dekat seperti kedai atau restoran selain menggunakan medium pengangkutan lain seperti basikal.
7. Pemandu juga dinasihatkan melakukan servis kenderaan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan kerana enjin yang tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan kos bahan bakar sehingga sehingga 50 peratus.
8. Tukar air filter sebelum ia menjadi kotor dan gunakan minyak enjin yang asli dan bersih dan ditukar setiap tiga hingga lima ribu batu selain memastikan gas cap ditutup dengan ketat sehingga bunyi klik kedua.
9. Langkah berkongsi kereta ke destinasi tempat kerja yang sama atau car pool memang boleh menjimatkan minyak dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas sesuatu kawasan, misalnya bandar raya Kuala Lumpur apabila tiba waktu puncak. Kempen kongsi kereta ke tempat kerja selama ini gagal dilakukan kerana faktor sikap dan mempunyai agenda kehidupan yang berlainan selain selesa dengan keadaan bersendirian di dalam kereta sendiri, namun kini ia mungkin tidak sesukar dahulu dalam keadaan semasa.
10. Selain mengamalkan sikap yang betul dalam menyelenggara dan corak pemanduan, kecanggihan teknologi pada hari ini juga boleh membantu mengurangkan belanja minyak. Antara yang popular ialah pemasangan tangki gas asli iaitu penggunaan gas asli sebagai ganti bahan api petrol walaupun harga gas itu lebih kurang minyak petrol tetapi mampu memberi pemandu lebih kilometer kerana ketumpatannya. Namun, kelemahan gas asli di negara ini pada masa sekarang ialah kos pemasangan yang agak mahal bergantung kepada jenis kereta yang dipandu kerana semakin tinggi teknologi kenderaan yang dipandu, maka semakin rumit jugalah sistem pendawaian yang menjurus kepada peningkatan kos pemasangan tangki gas asli sepenuhnya. Pada masa yang sama, ruang bonet kenderaan akan menjadi terhad kerana saiz tangki gas asli yang agak besar akan memenuhi sebahagian besar ruang. Industri automotif negara juga sudah mula menerima kemasukan kereta-kereta dengan enjin hybrid yang direka bentuk untuk kecekapan penggunaan minyak dan aliran rendah.
Sunday, June 08, 2008
:: Hadapi Inflasi
Inflasi Akan Meningkat Kepada 4.2 Peratus Tahun Ini, Kata Bank Negara
:: Hari Keputeraan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memotong kek hari keputeraan baginda sambil diperhatikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di pekarangan Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. ... Berita Penuh
:: Rokok... macam2 cara
Amaran bergambar kotak rokok 1 Januari
Oleh Magendran Rajagopal
KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Januari tahun depan, semua jualan rokok di pasaran tempatan wajib mempunyai amaran bergambar mengenai bahaya merokok melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian belakang, yang dicetak pada setiap kotak. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan turut mengharamkan gimik iklan pada kotak rokok yang menggunakan ungkapan seperti 'lite', 'ultra lite', 'mild', 'low tar' dan seumpamanya supaya tidak mengelirukan atau memberi gambaran salah kepada pembeli. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu selaras dengan komitmen negara selaku anggota Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) dan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pada 2004 sebagai mengiktiraf konvensyen antarabangsa itu.