Sekembali dari Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor baru2 ini... terus lajak ke kampung halaman yang kira2 30 minit memandu dari Lumut berdasarkan cara pemanduan sederhana laju oleh Pak Ndak yang datang bersama2 waris kerasnya Ahmad. Terima kasih Pak Ndak.
Sepanjang berada di pantai yang semakin sukar dicari remisnya... berkesempatanlah berkunjung ke rumah Mak Long Besah dan adiknya Mak Cik Yam di Batu 12, Jalan Damar Laut. Bukan saudara jauh tuu... masih dekat... cuma sekadar menghampiri tempoh 30 tahun tidak pernah bertemu dan bersua muka. Mujurlah Mak Njang dan Pak Njang sudi menemani ke sana dan dengan ihsan Pak Ndak meminjamkan kereta. Alhamdulillah.
Rumah pusaka tidak dilupai untuk dijengok. Pak Ngah Chan dah semakin sihat... sekitar 20 kg berjaya dikurangi berat badannya... cumanya kekadang sukar membendung selera terutama durian... hampir 2 biji sekali hadap... mak datukkkk... maka membebellah Mak Ngah Minah isteri tersayangnya itu. Pak Ngah Aq... seperti biasa... tak makan tua... berbuallah kami di depan rumah Pak Ngah Chan yang berkisar hal2 keluarga dan kekeluargaan.
Mengambil peluang kereta wira biru yang dipinjamkan oleh Pak Ndak... berkesempatanlah juga bergerak ke Kpg. Tersusun di Gelong Gajah... kawasan perumahan kepada staf Gula Perak Bhd. suatu ketika dulu. Bersama Mak Njang ke sana, melalui Batu Hampar/Bruas dan melalui jalan menuju ke Air Tawar. Sekadar meninjau lot tapak rumah yang dimiliki puluhan tahun lalu yang tak berkesempatan dijengok dan dijengah... dah jadi belukar... dan kononnya sebagai istana hinggap kera dan babi hutan... mengikut kata Harun (rakan baik Pak Njang Mansor) dan Husni Non Panjang yang telah lama menghuni di kampung tersebut. Masih banyak lot yang belum didirikan rumah nampaknya.
Kebetulan jiran di bahagian belakang lot tanah itu adalah Husni Non Panjang yang bertugas di KDN Manjong... junior setahun ketika di SDI dahulu... berbuallah kami berkisar sejarah lampau... dah 30 tahun tak pernah berjumpa. Menariknya... beliau hanya tahu bahawa jiran bahagian belakang lot tanahnya itu adalah orang Pantai... kerja cikgu... lama di Sarawak... tapi tak tahu siapa. Begitulah... nak jadi cerita. Ada juga niat nak bina rumah Mesra Rakyat di tanah tersebut...
Berpeluang juga menjamu selera di Matang Acheh bersama Pak Njang dan Mak Njang... pekena puyuh goreng dan sup puyuh... dan "melawat" kebun sawit di Matang Raja yang tak pernah dijengok sejak ditanam... cuma ketika ditanam tebu pada suatu tempoh yang sudah lama dahulu.
Apa2pun... pada malam Ahad bersama Pak Teh, Pak Ndak dan Mak Njang di rumah Pak Teh... kami berlabun panjang berkaitan hal keluarga dan hal2 "balik sana"... rasanya suatu perjumpaan yang amat bermakna... suatu perjumpaan terancang... cuma berkebetulan yang Mak Teh ke KLIA menghantar anak sedara yang nak ke IPGM Kampus Keningau, Sabah... nak jadi cikgu le tu. Ada yang tak tidur hingga ke pagi.
Pagi Ahad dihantar Pak Teh ke Manjong untuk perjalanan ke KLIA dan seterusnya ke Borneo. Terima kasih semua... terutama Pak Teh yang belanja makan "tempek nyioq" di sebuah gerai di Sg. Batu... sedappp... rangup... garing... mengingatkan kembali kisah silam di zaman kanak2 dan masakan Allahyarhamah mak. Bersua juga dengan Che Omar Shariff (mantan kerani SDI) yang pekena "tempek nyioq" sebelum ketibaan kami... yang bergerak aktif dalam politik di Tanjung Ara/Bumi Hijau/ Pengkalan Bharu... orang kuat YB Dato' Cikgu Hamdi Abu Bakar.