Sudah lama kita terbiasa dan terdengar akan kisah rumah tangga diperkatakan orang. Kekadangnya amat berkaitan dengan hal2 yang baik, hal2 yang muluk2 dan hal2 yang menyenangkan kita untuk mendengarnya. Begitulah selalunya. Namun, kekadangnya kita juga dikisahkan akan hal2 yang kurang enak didengar, hal2 yang sewajarnya ditutup erat dari dihebahkan, malah kekadangnya sering pula kita diajak untuk berkongsi masalah rumah tangga pihak lain. Begitulah selalunya.
Biasanya masalah rumah tangga mulai muncul apabila pasangan suami isteri menari berlainan rentak. Rentak tari yang sepatutnya sama telah menjadi sebaliknya. Lagu yang diputar yang seharusnya sama mulai tidak diminati dan tidak digemari lagi oleh pasangan. Malah kekadangnya pasangan berkenaan masih meneruskan tarian dan terus menari, walaupun rentak tari mereka sudah berbeza sedangkan dalam masa yang sama mereka mendengar lagu yang sama. Begitulah selalunya.
Ada pihak yang melihat keadaan ini wujud apabila keserasian mulai hambar di kalangan pasangan. Kekadangnya kehambaran tersebut bukan sahaja berkisar pada gerak rasa malah turut berkisar pada setiap gerak. Keadaan2 inilah antara punca dan penyumbang kepada keserasian yang semakin menguncup dan semakin menghilang di kalangan pasangan.
Ada pihak lain pula melihat... jika keserasian dan keintiman ini tidak diusahakan kewujudannya dalam hidup dan kehidupan oleh pasangan, maka tunggulah akan ketibaan kehambaran di kalangan mereka. Siapakah yang akan dipersalahkan? Mahu tidak mahu, suami isteri atau pasangan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya... walaupun banyak angkubah lain yang mungkin saling berkait dan menyumbang ke arah yang lebih parah dalam hidup dan kehidupan serta alam berumah tangga... dan pasangan inilah yang sepatutnya dipersalahkan apabila kehambaran dan kedinginan mulai mengambil alih. Malah... pasangan juga sepatutnya rasa bersalah dan bertanggungjawab apabila keserasian dan keintiman akhirnya berubah menjadi kebencian yang meluap2 dan yang tak terluah... sekadar tersimpan dan terbenam di hati sanubari, di benak dan di dalam minda masing2.